in

Arill Idola Kecil Tampil Single Duh Aduh

Walaupun Malaysia dah ada banyak pertandingan bakat kanak-kanak, namun masih tak banyak penyanyi kanak-kanak yang muncul. Ramai yang memendam bakat mereka kerana terpaksa menghabiskan dulu persekolahan mereka. Mungkin ini memberi peluang untuk pemenang tempat ke-4 di Idola Kecil musim kedua untuk terus berada dalam industri tanpa menangguhnya lagi.

Budiey percaya dah ramai mengenali Arill. Walaupun menang tempat ke-4 tapi bakat Arill tidak memandang sepi. Kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini memilih Sony Music untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya dan telah pun merakam single pertama yang berjudul Duh Aduh.

Lagu Duh Aduh dicipta oleh Panji yang telah menghasilkan banyak lagu popular seperti Sayang Sayang dan Jangan Nakal.

Selain menyanyi, Arill juga turut berlakon dalam drama Misteri Rumah Tua (TV9) dan Idola Kecil The Series Part 1 & Part 2 (TV9).

Dah dengar lagu Duh Aduh dari Arill?

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Aril Idola Kecil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips & Trick Cara Mengunakan Facial Scrub

Tawaran Hotlink Ramadan SMS Dapat KFC Percuma