in , ,

Sinopsis Drama KLIK Astro Ceria Lakonan Aeril Zafrel & Zoey Rahman

Jom Baca Dulu Sinopsis Drama KLIK Astro Ceria Lakonan Aeril Zafrel & Zoey Rahman serta Ramai Lagi Pelakon Berbakat Besar!

Sesi ramah mesra bersama pelakon drama berunsur komedi terbaru di Astro Ceria berjudul KLIK telah berlangsung pada jam 4 petang semalam di Mid Valley.

Antara pelakon remaja yang terlibat dengan drama terbitan David Teo ini ialah Ariel Zafril, Aren Yunus, Erin Malek, Fifi Natasya, Jorrin atau Chee Ka-Yee dan Wawa Zainal.

Pelakon Klik

Drama KLIK ni lebih kurang macam Geng Bas Sekolah versi sekolah menengah. Sentuh pasal Geng Bas Sekolah yang sekarang memasuki musim ke-5 memang mendapat sambutan dan rating pun boleh tahan juga. Sama juga dengan Geng Bas Sekolah, KLIK menampilkan watak-watak remaja di sekolah dengan macam-macam perangai.

Video Sekitar Sessi Ramah Mesra & Temubual Bersama Pelakon KLIK:

Konsep KLIK memang santai dan mencuit hati dengan gelagat bersahaja serta mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Selain kisahnya memberi pengajaran kepada remaja, kisah KLIK ini juga akan menyingkap keindahan dunia remaja pada zaman kini yang biasanya dipandang serong. KLIK bertujuan untuk menyedarkan para penonton bahawa hidup sebagai seorang remaja tidak kira di kota besar atau di pinggar bandar, mereka tetap seorang remaja yang perlu didekati. Menonton drama ini membolehkan kita lebih memahami dan membantu mereka pada masa hadapan untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

Semua pelakon ada karakter masing-masing. Redwan yang agak nakal dan suka melawak. Ameer yang kononnya tegas dan berdisiplin namun suka menggunakan kedudukannya untuk menghukum orang yang tidak disukainya. Elisya yang bijak dan cantik, Aizat yang merupakan seorang pelajar yang pintar dan agak kelam kabut, Alia pula seorang yang lucu dan sangat suka membantu. Karthik seorang yang tegas. Wawa yang merasakan dirinya hebat dan selalu berlagak diva dan eve pula suka mengampu.

Pelakon Klik
Aeril Zafrel sebagai Redwan
Pelakon Klik Fifi Natasya
Fifi Natasya sebagai Alia
Pelakon Klik Zoey Rahman
Zoey sebagai Ameer
Pelakon Klik Wawa Zainal
Wawa sebagai Amanda
Pelakon Klik Jureen
Jorrin sebagai Eve
Pelakon Klik Aren Yunus
Aren Yunus sebagai Aizat
Pelakon Klik
Kamal Fariz sebagai Cikgu Shah
Pelakon Klik
Pengarah drama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha

Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami