in ,

Ariana Grande Geram Masyarakat Dunia Tak Ambil Serius Isu Covid-19

Penyanyi Ariana Grande berang apabila segelintir masyarakat di sekitarnya tidak mengambil secara serius isu Covid-19 yang sedang menular.

Menurut laporan hollywoodlife, Ariana dikatakan sangat terkejut apabila orang ramai tidak peduli mengenai perkara itu.

“Saya mendengar keluhan-keluhan orang ramai yang menganggap masalah ini bukan satu isu besar,”‘

“Mereka tidak mengambil berat tentang bahaya yang datang, ini mengejutkan saya,”

– Ariana Grande

Ariana, 27, memuat naik sekeping gambar di laman Twitter peribadinya menyatakan perasaan marahnya terhadap segelintir masyarakat.

“Ia sangat berbahaya dan mementingkan diri apabila beranggapan situasi ini sebagai ringan.

Mindset seperti ‘kita akan baik-baik saja kerana kita masih muda’ meletakkan orang yang tidak muda dan atau sihat dalam keadaan bahaya,

– Ariana Grande

Kepada semua penonton kami di Budiey Channel, Budiey nak berpesan agar sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Jika anda ada petanda nak sakit ke nak demam ke sesak nafas ke, pakai penutup muka dan segeralah berjumpa doktor. Amalkan kebersihan diri iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Kalau boleh buat masa ini, elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli belah, kawasan tumpuan pelancong dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. 

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

Orang kata, kena beringat sebelum kena, jangan pula sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Jangan Balik Kampung, Kekal di Kawasan Masing-Masing,” – Petugas COVID-19 Selangor

Jangan Panik! Ini Senarai Barang Yang Perlu Dibeli Kalau Malaysia Lockdown