in ,

Apple Store Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Tahun Hadapan di The Exchange TRX

Finally, first Apple Store outlet in Kuala Lumpur akan dibuka pada tahun 2022… located at The Exchange TRX. Next year gais!

Laporan terbaru dari The Edge Malaysia ada menyebut bahawa Apple akan membuka stor rasmi pertama mereka di Malaysia, seawal tahun hadapan. Lokasi Apple Store pertama Malaysia dikhabarkan terletak di bangunan The Exchange TRX, hab perniagaan dan kewangan terbaru di Malaysia.

Menurut sumber The Edge, wakil Apple Store Retails telah melawat Malaysia baru-baru ini untuk berbincang dengan pihak pengurusan The Exchange TRX. Dilaporkan bahawa perbincangan ini telah mencapai tahap lebih lanjut. Manakala sumber The Edge yang lain menyebut, masih banyak perkara harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Jika laporan ini benar, ini akan menjadikan Malaysia sebagai pasaran ketiga di Asia Tenggara memiliki Apple Store, selepas Singapura dan Thailand. Buat masa ini, ada tiga Apple Store dibuka di Singapura (Orchard Road, Jewel Changi dan Marina Bay Sands) serta dua di Thailand (Iconsiam dan Central World).

The Exchange adalah komponen perniagaan di dalam hab Tun Razak Exchange, yang menyediakan 1.3 juta kaki persegi ruang perniagaan.

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

The Exchange TRX menjanjikan jenama baru ke pasaran, kedai jenama flagship, pengalaman makan minum baharu, ruang santai dan konsep hiburan merangkumi lebih 400 kedai. Ia juga menampilkan taman di atas bumbung seluas 10 ekar, dan sambungan terus ke MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK), dan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Beberapa penyewa lain yang dilaporkan akan dibuka di The Exchange TRX adalah Seibu, kedai barangan mewah dari Jepun, yang mengambil ruang seluas 250,000 kaki persegi meliputi 4 tingkat. Dairy Farm International juga dikhabarkan akan membuka kedai makanan premium, manakala Golden Screen Cinemas (GSC) merancang untuk membuka pawagam premium mereka di sana.

Ruang perniagaan di The Exchange TRX dijadualkan akan dibuka pada tahun 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ta-Daa!, Saluran Kanak-Kanak Terbaru Temui Pelanggan Astro

Bintang Baru Hip-Hop YHB Sleepsalot Melancarkan Single Debut “Don’t Miss Demo”