in , , ,

Apple Perkenal Apple Watch SE, Jam Tangan Mampu Milik

Selain dari Apple Watch Series 6, turut diumumkan adalah Apple Watch SE sebagai alternatif kepada Apple Watch Series 3.

Apple hari ini turut telah memperkenalkan Apple Watch SE bersama-sama pengenalan jam tangan pintar terbaharu mereka. Apple Watch SE menawarkan sejumlah ciri popular Apple Watch, tetapi pada harga lebih mampu-milik.

Apple Watch SE

Watch SE mempunyai rekaan dan paparan yang sama seperti Apple Watch Series 6, namun didatangkan dengan pemproses S5 berbanding S6 pada Apple Watch Series 6. Dengan pemproses dua teras, Apple mengatakan ianya adalah dua kali lebih pantas berbanding Series 3.

Apple Watch SE

Apple Watch SE turut hadir dengan pengesanan jatuhan dan Emergency SOS untuk keselamatan pengguna. Bagaimanapun, ciri Emergency SOS hanya boleh digunakan bagi Watch SE versi selular. Juga, tiada fungsi Always-on Display yang tersedia pada Watch SE.

Sama seperti Apple Watch Series 6, Watch SE juga mempunyai sokongan ciri Family Setup, yang membolehkan penjaga menguruskan tetapan Apple Watch jagaan mereka termasuk dengan memantau mesej dan lokasi.

Apple Watch SE

Apple Watch SE hadir dengan sokongan cip pemprosesan Apple S5, selain turut menyertakan sokongan selular bersama-sama dengannya.

Apple Watch SE

Pengguna masih boleh menikmati pelbagai ciri-ciri yang disertakan melalui versi terbaru Watch OS, termasuk pengecaman jatuh, pemantauan corak tidur, selain skrin yang lebih besar melaluinya.

Apple Watch SE ditawarkan dengan dua saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Di Malaysia, Apple Watch SE ini ditawarkan pada harga bermula RM1199 untuk versi biasa, sementara versi selular ditawarkan pada harga RM1449.

Apple Watch SE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

Apple Perkenal Apple One, Langganan Bundle Servis Apple Bermula RM19.90 Sebulan