in , ,

Apple One Kini Ditawarkan di Malaysia, Ini Cara Untuk Melanggan Service Bundle Ini

Apple One merupakan langganan semua-dalam satu (All-In One) yang menghimpunkan empat perkhidmatan Apple. Antaranya termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud. Khabarnya, dalam tahun ini kita semua yang tinggal di Malaysia ni akan menikmati servis terbaharu yang ditawarkan oleh Apple.

Untuk anda semua yang menjadi pengguna setia Apple, Bundle Apple One yang menawarkan pelbagai perkhidmatan Apple pada harga yang lebih rendah bakal dilancarkan. Ini diumumkan oleh ketua pegawai kewangan Apple Luca Maestri ketika panggilan pendapatan setiap suku syarikat yang diadakan semalam. 

Di Malaysia Apple One untuk pengguna individu ditawarkan pada harga RM19.90 yang memberikan Apple Music, TV+, Arcade, dan iCloud 50GB. Seterusnya pelan keluarga pula ditawarkan pada harga RM33.90 yang menawarkan kesemua di atas dengan storan iCloud 200GB. 

Apple One Kini Ditawarkan di Malaysia, Ini Cara Untuk Melanggan Apple One

Kini, Apple One mula ditawarkan kepada semua pengguna Apple. Apple menyediakan dua pelan langganan iaitu pelan Individu pada harga RM19.90 sebulan serta pelan Keluarga dengan RM33.90 sebulan. Bagi pelan Keluarga, ia boleh dikongsi sehingga 5 orang.

Apple One Kini Ditawarkan di Malaysia, Ini Cara Untuk Melanggan Apple One

Apple One – Langganan Himpunan Perkhidmatan Apple Kini Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia

Apple One Kini Ditawarkan di Malaysia, Ini Cara Untuk Melanggan Apple One

Malangnya, di Malaysia pelan Premier tidak akan ditawarkan atau mungkin akan ditawarkan pada masa akan datang. Menerusi Premier, storan iCloud 2TB, News+ dan Fitness+ turut ditawarkan sekali.

Buat masa ini, hanya himpunan empat perkhidmatan yang tersedia. Apple dijangka akan menambah beberapa lagi perkhidmatan lain seperti Apple News dan Fitness Plus tidak lama lagi.

Seperti sebelumnya, Apple turut menawarkan tempoh percubaan selama sebulan bagi mana-mana perkhidmatan yang belum pernah dilanggan. Setelah itu, pelan tersebut akan diperbaharui secara automatik sebagai langganan bulanan.

Bagaimana Untuk Melanggan Apple One?

Pergi ke bahagian “Settings” di iPhone dan tap pada nama anda di bahagian paling atas.

Kemudian, tekan pada “Subscriptions” dan anda mungkin perlu menunggu beberapa saat sebelum Apple One dipaparkan sebagai pilihan. Tekan pada “Try it Now”.

Ia akan memaparkan dua pelan iaitu pelan Individual (RM19.90/sebulan) dan Family (RM33.90/sebulan)Pilih pelan yang dikehendaki. Tekan pada “Start Free Trial”Sahkan langganan tersebut dan selesai.

Anda akan menerima perkhidmatan Apple Music, Apple TV, Apple Arcade serta 50GB storan iCloud melalui langganan pelan Individual.

Bagi pelan Family, perkhidmatan yang sama akan diterima, namun dengan penambahan storan iCloud sebanyak 200GB. Pelan Family turut menawarkan perkongsian sehingga 5 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Apple One, layari pautan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Amir Dedah Dirinya Mengalami Atelophobia, Takut Gagal & Ketidaksempurnaan

Ini 5 Cara Berkesan Untuk Kembalikan Semangat Jika Murung Ketika PKP