in , ,

Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone Tanpa Port Seawal 2021

Kita sedia melihat beberapa telefon konsep diperkenalkan dengan rekaan tanpa port. Melaluinya, ia memfokuskan kepada penawaran hubungan tanpa wayar atau nirwayar, sekaligus mempopularkan penggunaan beberapa teknologi baru seperti pengecasan nirwayar dan sebagainya.

Terbaru, mengikut desas-desus baru, ia diperkatakan Apple mungkin hadir dengan iPhone tanpa sebarang port seawal 2021 kelak. Buat masa ini, iPhone hanya menyertakan port pengecasan berasaskan Lightning, dan sekiranya desas-desus ini benar, maka kita akan melihat Apple memfokuskan kepada pengecasan secara nirwayar sepenuhnya.

Buat masa ini, boleh dikatakan desas-desus ini pada peringkat awal lagi. Pengecasan nirwayar boleh dikatakan masih perlahan. Walaupun ramai telah mula menggunakannya, mungkin ia masih belum meluas. Namun, langkah sebegini juga mungkin membuatkan penggunaan pengecasan nirwayar lebih popular dikalangan pengguna.

Apa pun, sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan desas-desus ini.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Audio Kedua Pula Bocor, Ada Sebab Suara Tun Mahathir Jadi Sebak

500 Kenderaan Diarah Patah Balik Setelah Cuba Rentas Negeri Untuk Balik Kampung