in , , ,

Apple iPhone 12 Tidak Lagi Menawarkan ‘Charger’ & EarPods, Ini Sebabnya

Bermula dengan sekadar ura-ura diikuti dengan pelancaran Apple iPad dan Apple Watch terbaru, siapa sangka model terbaru Apple iPhone juga bakal mengikuti trend yang sama dengan tidak lagi menawarkan palam pengecasan bersama.

Bersama-sama pengenalan iPhone baru, Apple turut mengumumkan fokus terhadap menjadi syarikat yang lebih mesra alam dan mengurangkan pembaziran. Selari dengannya, Apple mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyertakan pengecas dan juga fon telinga bersama-sama pembelian iPhone baru.

Difahamkan ‘usaha’ Apple untuk tidak lagi menawarkan palam pengecasan dan EarPods bersama model keluaran iPhone 12 adalah sebagai salah satu cara Apple selamat bumi dengan mengurangkan penggunaan karbon.

Apple iPhone 12 Tidak Lagi Menawarkan 'Charger' & EarPods, Ini Sebabnya

Apple Tidak Lagi Akan Menyertakan Pengecas Dan Fon Telinga Bersama Dalam Kotak iPhone

“Pihak Apple mengatakan sudah sedia terdapat lebih 2 bilion penyesuai kuasa di dunia pada hari ini, dan menyertakan lagi bersama peranti mereka adalah sebuah pembaziran.”.

– APPLE

Pihak Apple mengatakan sudah sedia terdapat lebih 2 bilion penyesuai kuasa di dunia pada hari ini, dan menyertakan lagi bersama peranti mereka adalah sebuah pembaziran.

Apple iPhone 12 Tidak Lagi Menawarkan 'Charger' & EarPods, Ini Sebabnya
Apple iPhone 12 Tidak Lagi Menawarkan 'Charger' & EarPods, Ini Sebabnya

Selain itu, ketiadaan palam pengecasan dan EarPods secara tidak langsung membolehkan Apple mengurangkan kos pengeluaran sesebuah iPhone 12 sekaligus menawarkan harga yang lebih kompetitif buat para pengguna.

Langkah yang dibuat Apple ini mungkin kurang menyenangkan ramai melihatkan para pengguna nampaknya terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan palam pengecas yang pastinya keperluan untuk setiap telefon pintar.

Kini, dengan pembelian keluarga siri iPhone 12, ia akan hadir bersama kabel USB-C ke Lightning sahaja. Walaupun kepala penyesuai kuasa dan fon telinga tidak lagi hadir bersama, ia masih boleh dibeli secara berasingan. Langkah ini juga mungkin membuatkan pengguna beralih ke aksesori nirwayar mereka.

“Kalau yang sudah beli model terdahulu tak pela.. kalau yang baru beli model ni, buang duit lagi beli charger baru.. Tapi tak pe pelan2 mungkin android pun follow juga,”

– NETIZEN

Selain pada model iPhone 12, Apple juga tidak menyertakannya lagi pada model iPhone SE, iPhone 11 dan juga iPhone XR.

Apple Menawarkan Siri iPhone 12 Bersama Fon Telinga Dalam Kotak Hanya Di Negara Perancis

Apple telah mengatakan mereka tidak lagi akan menyertakan kepala pengecas dan fon telinga EarPods dalam kotak – salah satu usaha mengurangkan kesan pencemaran karbon, selain mana mengalakkan pengguna menggunakan kepala pengecas dan fon telinga sedia ada.

Apa pun, sedikit pengecualian dilihat berlaku hanya untuk di Perancis. Apple akan kekal menyertakan EarPods dengan sambungan Lightning untuk pasaran berkenaan.

Ia diperkatakan Apple menyertakannya disebabkan oleh perundangan di Perancis, namun tidak dapat dipastikan perundangan manakah secara khususnya.

Jadi, sekiranya anda terbeli sebarang set iPhone 12 yang menyertakan sambungan fon telinga didalamnya, maka anda boleh ketahui yang set yang anda beli adalah set Perancis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple iPhone 12 & 12 Mini Dilancarkan dengan Harga Bermula Dari RM3399

Panduan Mulakan Perniagaan Dari Rumah Dalam REZEKI DARI RUMAH