in , ,

Apple Dilihat Menyokong Peranti iPhone Sehingga 6 Tahun

Apple secara rasminya mengatakan mereka menawarkan kemaskini untuk telefon pintar keluaran mereka sehingga 3 tahun, sementara untuk komputer sehingga 4 tahun.

Apa pun, jikalau mengikut penawaran kemaskini iOS14, Apple dilihat menyokong peranti sehingga selama 6 tahun lamanya.

Melalui iOS14 yang telah dikeluarkan kepada umum sebelum ini, Apple menawarkan kemaskini iOS14 untuk iPhone 6s yang telah diperkenalkan pada 2015 lepas. Ini sekaligus memperlihatkan peranti berkenaan masih disokong sehingga ke hari ini, walaupun telah ditawarkan sejak beberapa tahun – berbeza dengan pengeluar peranti lain.

Ini sekaligus memperlihatkan iPhone mempunyai jangka hayat penggunaan yang lebih lama berbanding pelbagai peranti – dan menjadikan iPhone mungkin berbaloi untuk ringgit yang dibelanjakan bagi tempoh masa penggunaan yang lama.

Apple Dilihat Menyokong iPhone Sehingga 6 Tahun

*Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Mengesahkan MagSafe Duo Charger Hanya Mengecas Pada Kuasa 14W

Graduan Memilih TM Sebagai Majikan Paling Menarik Di Malaysia