in , ,

Apple Tak Akan Sertakan Earpods Dalam Kotak iPhone 12

Mahu berita menarik mengenai iPhone 12? Terbaru, bersumberkan penganalisis popular Ming-Chi-Kuo, jika pengguna membeli iPhone 12 kelak, akan tiada lagi fon telinga Earpods di dalam kotak pembeliannya. Menarik, bukan?

Mungkin anda fikir ini adalah kerana Apple akan sertakan AirPods? Tidak sama sekali kerana akan tiada langsung mana-mana fon telinga yang akan disertakan bersama-sama pembelian peranti. Dikatakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jualan AirPods yang dijual berasingan. Apple sebelum ini telah laman menyertakan Earpods dalam kotak pembelian iPhone semenjak dari model pertama iPhone lagi.

apple iphone 12 max pro

Menurut Kuo, peningkatan permintaan Airpods merupakan salah satu sebab mengapa Apple melakukan tindakan sedemikian. Tambahannya lagi, Apple dijangka akan membuat promosi khas jualan Airpods pada penghujung tahun ini untuk meningkatkan lagi jualan fon telinga tanpa wayar tersebut.

Kuo juga menjangkakan keseluruhan jualan AirPods bakal meningkat dari 80-90 juta unit kepada 93.8 juta disebabkan promosi jualan itu.

Sumber: MacRumors

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem ADA APA DENGAN DOSA Angkat Isu Tuntutan Anak Luar Nikah

Filem-Filem Pilihan Yang Menarik Sepanjang Aidilfitri 2020 di RTM