in

Apakah Lagu BOBO DI MANA Aliff Syukri, Sajat & Lucintaluna Akan Bergema di GV5?

Jikalau diberi peluang untuk menyanyikan lagu BOBO DI MANA, sudah tentu program ini akan trending memandangkan ini adalah kali pertama persembahan lagu tersebut dibuat di hadapan khalayak. Bagi Datuk Aliff Syukri pula, lain persepsi dan jawapan beliau apabila ditanya samada beliau akan nyanyi lagu tersebut dalam program itu.

Budiey kira semua dah tahu sekarang ni, Dato Seri Vida bukan lagi menaja program Gegar Vaganza. Tempat teratas dalam senarai penaja program kegemaran ramai itu dirampas oleh Datuk Seri Aliff Syukri yang memegang jenama D’Herbs dengan tagline Terlajak Laris. Jenama itu turut mendokong program itu bersama Adabi dan Cuckoo.

Apa yang menjadi tanda tanya ramai pihak, adakah jutawan ini akan buat persembahan di pentas GV? Budiey kira, misal katalah diberi peluang untuk menyanyikan lagu BOBO DI MANA, sudah tentu program ini akan trending memandangkan ini adalah kali pertama persembahan lagu tersebut dibuat di hadapan khalayak.

Namun, bagi Datuk Aliff Syukri pula, lain persepsi dan jawapan beliau apabila ditanya samada beliau akan nyanyi lagu tersebut dalam program itu.

Ramai pemerhati meramalkan apa akan jadi apabila Datuk Aliff Syukri menjadi penaja utama. Adakah beliau juga akan turut tampil menyanyi di pentas dan merampas mic daripada pengacara untuk interframe seperti yang dibuat oleh Dato Seri Vida?

Semasa menemubual usahawan bertaraf jutawan itu, Budiey ada bertanyakan samada beliau akan menyanyikan lagu terbaru BOBO DI MANA di pentas Gegar Vaganza 2018 pada minggu pertama nanti. Dan ini, jawapan beliau. Sila tonton video ini.

Lagu BOBO DI MANA Aliff Syukri, Sajat & Lucintaluna di GEGAR VAGANZA 2018?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Santesh Bersama Daiyan Trisha Trending di Youtube Malaysia

Ini Reaction Wak Doyok Saat Menonton Trailer WIRO SABLENG