in

Apa Yang Menarik dalam Program CHE DIN KAN ADA

Salam Jumaat semua pembaca, satu lagi program akan dilancarkan tak lama lagi iaitu Program CHE DIN KAN ADA yang mana program berbentuk majalah ni akan disiarkan di TV Al-Hijrah tak lama lagi. Dengarnya, dua orang selebriti terkenal akan bergabung untuk menjadi hos program ini. Siapakah mereka?

Jadi stesen TV ini akan mengadakan Sidang Media ini diadakan adalah untuk memperkenalkan hos rancangan kepada rakan-rakan media cetak dan media elektronik.

Sedikit sinopsis, Rancangan CHE DIN KAN ADA adalah sebuah program berbentuk majalah yang memberikan informasi kepada penonton perihal kenderaan termasuk aspek pembelian, penjualan, penjagaan, alat ganti dan lain-lain. Rancangan ini turut menampilkan pakar automatif dan selebriti tanah air untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impian Tema Perkahwinan Artis dalam DARAH MANIS

Video Daler Yusuf & Nelydia Senrose Trending di Youtube Malaysia