in ,

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU?

Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block.

Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo keluarga pontimau.png

Keluarga Pontimau adalah drama terbaharu yang menjadi taruhan baharu slot Aksi yang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini. Drama komedi aksi terbitan Filmscape Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu), skrip pula ditulis oleh Ashraff Zain dan Sharmaine. Drama 13 episod ini membariskan Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje sebagai watak utama dan turut dibantu oleh Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar? Ikuti ragam Keluarga Pontimau yang pastinya akan mencuit hati anda pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam di TV3.

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo DEX_8582.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-17.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-16.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-14.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-3.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-6.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-11.jpg

Apa Yang Menarik Dalam Drama Bersiri KELUARGA PONTIMAU? photo Still-12.jpg

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Hari Sukan Get Fit Sempena Hari Sukan Negara

Mawi & Filsuf Lancar Single SAHABAT DALAM TUBUH