in

Apa Yang Best di Nestum Mobile Zumba

*This is a sponsored post from Nestle Malaysia that contains affiliate links relevant to the Nestum 3in1 Campaign . I received compensation in exchange for writing this review. Although this post is sponsored, all opinions are my own*

Dulu-dulu masa zaman sekolah, biasanya bangun je waktu pagi, Budiey akan bersarapan dengan makanan yang ‘berat’ seperti nasi berlauk, nasi dagang dan seangkatan dengannya. Tapi apabila dinasihatkan oleh seorang kawan, kita sebenarnya tak perlu nak makan nasi berlauk setiap hari. Tak elok juga. Kalau suka dengan Nestum atau bijirin pun dah memadai. Itu kata dia.

Sarapan penting ya kawan-kawan. Jangan sekali-kali korang skip atau tak ambil sarapan langsung. Bahaya you! Mengambil sarapan ni ibarat penjana tenaga untuk sepanjang hari. Tapi itulah, disebabkan terlalu sibuk dan tak cukup masa, Budiey pun mengaku selalu juga skip sarapan ni. Mmm… jangan amalkan selalu macam ni tau.

nestum

Ye lah, serba serbi nak cepat kan. Jadi, cara nak atasinya, mudah je. Budiey beli paket Nestum 3-in-1 banyak-banyak, simpan kat dapur. Jadi, takdelah nak skip sarapan tu. Bak kata kawan baik Budiey, memang produk ni adalah satu pilihan yang tepat. Lagi pun, rasa Nestum 3-in-1 ni sangat lazat, rasa aromanya juga sangat unik dan dah dipertingkatkan dengan banyak vitamin dan nutrisi. Kalau nak tahu, produk terkenal ni ada tiga rasa iaitu Oat, Honey dan Chocolate. Elok untuk kesihatan badan juga minda sepanjang hari. Budiey suka dengan rasa oat. Memang best.

Nestum Mobile Zumba di FRIM Kepong

Oh ya, cakap pasal sarapan dengan Nestum ni. Baru-baru ini, Budiey terpanggil untuk menerima pelawaan seorang kawan untuk join satu event bersenam ala zumba anjuran Nestle Nestum 3-in-1 iaitu Nestum Mobile Zumba yang diadakan di FRIM Kepong. Budiey jarang untuk join zumba. Tapi apabila kawan tu pujuk cakap zumba ni seronok dan mudah mengeluarkan peluh. Budiey pun apa lagi, terus je la ikut.

Nestum

Sampai di FRIM Kepong, Budiey pun ikut serta selepas di-brain-wash oleh kawan tadi tu. Tapi bila dah cuba sekali, memang nak join tiap hari pun tak pe sebab memang fun dan happening habis. Maklulah, bila dah ramai-ramai datang join memangla rasa meriah kan?

Nestum

Yang pasti, event macam ni memang korang kena cuba join. Instructor yang mengendalikan juga bukan calang-calang. Sangat terlaltih dan profesional.

Semasa tiba-tiba di lokasi Nestum Mobile Zumba, Budiey lihat ramai sekali pengunjung yang kebetulan lalu lalang di sekitar FRIM ni singgah untuk menikmati dan merasai sample 3-in-1 Original. Lebih mengujakan bila mana ada yang cuba terus terpikat dengan rasanya dan membeli terus Nestum keluaran terhad.

Jadi, kepada yang berminat bolehlah terus ke lokasi event ni berlangsung. Biasanya dibuat semasa hujung minggu. Nak tahu lokasi kat mana seterusnya senang je, apa kata korang ke laman sesawang: www.nestum.com.my.

Jom tengok vlog Budiey yang dah pun siap diupload di Youtube ni: http://youtu.be/Z6PcGeu9coA

Amacam? Dah tengok… seronokkan berzumba nih. Satu aktiviti yang wajib kalau dihujung minggu. Aktiviti sihat macam ni patut diadakan selalu kan? Kalau setiap minggu pun tak pe. Tak perlu la Budiey nak pergi gym selalu kan? Cepat betul berpeluh apabila berzumba ni sebab dia memerlukan kita bergerak secara maksima. Tak percaya, korang kena cuba.

Jadi, apa tunggu lagi, layari www.nestum.com.my untuk mengetahui lokasi seterusnya.

Nestum

Nestum

Nestum

Nestum

Nestum

Nestum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Golden Awards Edisi Ke-3

Majalah EH! Bakal Anjur Konsert Ulang Tahun Ke-15