in

Apa Kata Nabila Tentang The Lomas?

Tentu ramai sudah mendengar lagu Bila Larut Malam nyanyian The Lomas yang terdiri daripada 4 finalis wanita Akademi Fantasia 2013 iaitu Nabila, Amira, Aisyah dan Indah.

Menurut salah seorang anggotanya iaitu Nabila Razali, lagu tersebut sangat menarik susunan muziknya yang diolah oleh Azlan and The Typewriter.

Nabila

“Apabila mendapat tahu kami berempat akan bawa semula lagu ‘Bila Larut Malam’ ni, memang Bella rasa happy sangat dan ada sedikit takut. Sebab lagu ini dinyanyikan oleh biduanita Allahyarham Puan Sri Saloma. Jadi, agak berat tanggungjawab yang kami harus pikul sebab orang dah biasa dengar lagu Bila Larut Malam versi asal oleh Allahyarham Puan Sri Saloma. Kami sebagai penyanyi baru harus memberi nafas baru kepada lagu tersebut tanpa merosakkan maksud isi lagu tu. Pada masa yang sama kami kena buat pendengar suka dan minat versi baru daripada kami . Alhamdulillah feedback dari pendengar sangat positif dan lagu ini telah pun memasuki Carta 40 Era”, ujar Nabila yang turut berharap agar lagu ini dapat ke pergi ke peringkat antarabangsa.

Nabila Razali yang mesra dengan panggilan Bella dikalangan peminatnya kini sedang mengikut pengajian diperingkat ijazah dalam bidang Seni Bina di USM, mengakui yang dia kini sibuk dengan pengajiannya yang masih berbaki dua semester lagi tetapi dia masih lagi menerima sebarang undangan nyanyian kerana minat yang mendalam dalam bidang ini.

“Pembahagian masa agak sukar sedikit sebab course Architecture ni memerlukan komitmen yang tinggi. Begitu juga dengan nyanyian. Tapi, bagi saya kedua-duanya sangat penting. Sibuk macam mana sekalipun saya akan cuba selitkan aktiviti nyanyian dan juga lakonan dan saya cuba bahagikan masa dengan seimbang. Saya belajar di Penang, kerja pula selalu di KL jadi ia melibatkan kos tambang dan sebagainya. Tapi disebabkan minat dan kerjaya, saya cuba juga untuk menjalankan tugas saya.”

Gadis berusia 22 tahun dari Selangor ini juga turut membintangi sebuah telemovie yang bertajuk “Bibik Aku Nak Kahwin” . Telemovie tersebut yang turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Didie Alias, dan ramai lagi dan akan ditayangkan di Astro Ria pada 27 September ini jam 10.00 malam.

Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan nyanyian dan sebagainya oleh Nabila, bolehlah menghubungi Que (0195481842) ataupun Lan (0146240232).

Kepada peminat yang ingin mengikuti perkembangan Nabila pula, bolehlah melayari laman :
Instagram : nabila.razali
Twitter : @nabilaAF2013
Facebook : Nabila Razali

Nabila

Nabila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGO Batman 3: Beyond Gotham Jadi Viral di Youtube

Raja Ilya Makin Meletop Dalam Drama SELUDUP