in

Apa Itu Pelan Pascabayar MaxisONE?

Sebenarnya, jumlah panggilan yang dibuat atau bilangan SMS yang dihantar adalah suata perkara lama, memandangkan penggunaan internet yang semakin popular.

Sekarang adalah masanya untuk kita bebas berhubung dan berkomunikasi, seperti mana yang kita ingini. Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi Maxis di mana ia melancarkan pelan pascabayar yang baru dan yang dinanti-nantikan, iaitu MaxisONE™ plan.

Ia adalah satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’ dan perantauan tanpa berasa bimbang.

Secara ringkas, berikut adalah tawaran MaxisONE™ plan:

1. Panggilan suara (talian mudah alih & tetap) dan SMS adalah tanpa had ke semua rangkaian: Anda tidak perlu lagi bimbang mengenai bayaran bagi panggilan atau SMS.

2. Internet adalah Sentiasa Terhubung: Walaupun anda telah menghabiskan kuota berkelajuan tinggi yang diperuntukkan, anda boleh terus berlayar dengan internet asas percuma. Data tambahan atau ‘data boosters’ boleh didapati dari serendah RM10 untuk 200MB.

3. Merantau dunia (106 negara) pada satu kadar rata sebanyak RM38 sehari: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau.

4. Telefon pintar baru ditawarkan dengan MaxisONE™ plan: Dari pelbagai peranti baru yang ditawarkan, tiga model boleh didapati secara PERCUMA dengan pelan tesebut, untuk anda mula menikmati tawaran ini dengan segera.

“Internet mudah alih semakin menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, dan kami ingin supaya para pelanggan tidak perlu berasa bimbang bagi membayar caj panggilan suara dan SMS, dan berasa bebas apabila mereka berkomunikasi. Kami percaya bahawa ini adalan pelan internet yang terbaik kerana ia memudahkan kehidupan pelanggan dan senang diguna. Kesudahannya, kami berharap untuk memberi kebebasan kepada pelanggan daripada had-had yang tradisional dan menyediakan pengalaman internet mudah alih baru tanpa berasa bimbang. Dengan panggilan dan SMS tanpa had dan pengalaman data tanpa henti melalui rangkaian terpantas dan terluas kami, Maxis mengesahkan kepimpinan kami dalam industri sekali lagi,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

MaxisONE™ plan telah dipermudahkan ke dua pilihan pelan, iaitu MaxisONE™ plan lite dan MaxisONE™ plan:

Pelan Kadar MaxisONE™ plan lite MaxisONE™ plan
Yuran Komitmen Bulanan RM 78 RM 128
Berkas Panggilan, SMS dan Data Bulanan
Peruntukkan Minit Tanpa Had
(semua nombor Maxis/Hotlink)
Tanpa Had
(semua rangkaian)
Peruntukkan SMS Tanpa Had
(semua nombor Maxis/Hotlink)
Tanpa Had
(semua rangkaian)
Peruntukkan Internet Mudah Alih 1GB 2GB
‘Data Boosters’
200MB RM10 RM10
500MB RM20 RM20
1GB RM30 RM30

Para pelanggan kami yang sudah melanggani pelan pasca bayar sedia ada boleh menukar atau menaik taraf kepada MaxisONE™ plan selagi mereka tidak terikat dengan kontrak.

Untuk mendaftar sekarang, sila lawati mana-mana Pusat Maxis atau kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, atau lawati Maxis Online Store kami. Untuk maklumat lanjut mengenai MaxisONE™ plan, sila layari www.maxis.com.my

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah penyedia perkhidmatan komunikasi utama Malaysia, yang membolehkan para pelanggan untuk berhubung dan berkomunikasi bila-bila masa, di mana sahaja dan dari mana-mana peranti. 13 juta pelanggan memilih untuk bersama kami kerana kami menawarkan liputan terbaik, penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang.

Jejak rangkaian berkelajuan tinggi kami adalah yang terbesar di negara ini – dan membolehkan setiap rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai perkhidmatan data kami seperti pelayaran Internet mudah alih, laman rangkaian sosial, memuat turun aplikasi dan juga portfolio penyelesaian bersepadu yang merangkumi mudah alih, tetap dan perusahaan. Ini adalah tambahan kepada perkhidmatan panggilan suara, teks dan mesej gambar kami.

Selain daripada menghubungkan orang ramai dengan perkhidmatan kami, kami berusaha dalam mewujudkan kesan yang positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Usaha Tanggungjawab Korporat kami bertujuan untuk membangun dan memperkayakan masyarakat, pelanggan dan rakan niaga kami; mewujudkan sebuah tempat kerja yang hebat dan menyokong amalan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Petronas Kongsi Kekayaan Budaya Warisan Kaamatan & Gawai

Filem KIL Ditayang di Fantasaspoa 2014