in

Anugerah Juara Lagu 22: Rehearsal & Ramalan Budiey

Pada malam ini akan berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 22 di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan 14 buah lagu berentap. Budiey dan Azwan telah pun mendapat kad jemputan daripada TV3 bagi menghadiri anugerah berprestij ini pada dua minggu lepas. Terima kasih TV3 di atas jemputan media. Kepada pembaca yang akan ke sana, jumpa anda di sana ya. Masuk adalah percuma dan tidak perlu pass masuk sebenarnya. Kepada yang ada tiket mungkin korang akan dapat masuk awal. Cari tempat yang strategik. 

Pada malam ini, Budiey akan bertugas sebagai fotografer untuk mengambil gambar selebriti yang lalu lalang menggayakan fesyen Glam Magic di Purple Carpet yang katanya bermula seawal jam 7 malam. Hatta Dolmat ada memberitahu Budiey yang pereka fesyen prolifik ini pada asalnya diberi tugas untuk mereka fesyen untuk Faizal Tahir tetapi tahu-tahukan, isu dan kontroversi Faizal kena banned. Jadi, Hatta Dolmat telah mereka fesyen gaun untuk Julia Ziegler pada malam ini. 

Budiey juga akan berada bersama dengan fotografer lain di dalam dewan. Tidak tahu lagi tempat yang akan dikhususkan untuk fotografer. Biasanya kami akan di tempatkan di depan pentas yang hanya duduk bersila sahaja. Sementara Azwan akan berada di dalam dewan di tempat duduk media yang lengkap disediakan dengan meja untuk mengemas kini bahan.

Tema Glam Magic (Keajabaiban Yang Popular) yang memerlukan selebriti mengenakan pakaian yang mempunyai elemen flowy, glitery, magically dan colourful ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Xtra AJL di Tv3.

AJL22 akan bersiaran langsung pada jam 8.30 malam ini tampak meriah dan tidak sunyi dari beberapa spekulasi awal iaitu siapakah yang bakal menyanyikan lagu Kasih Tercipta dan Maha Karya Cinta menggantikan Faizal Tahir. Ada yang mengatakan Fiq Mentor dan Ajai akan menggantikan Faizal Tahir?

Pada hari Jumaat lagi, krew pentas TV3 telah berkampung di Stadium Putra untuk melakukan latihan bersama dengan pemuzik dan penyanyi. Diharap majlis malam ini akan gempak dengan persembahan terbaik dari finalis. Selamat maju jaya untuk semua!

Berikut adalah ramalan Budiey untuk pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 malam ini:

Juara Lagu: Kasih Tercipta

Pemenang Bagi Kategori Balada: Kasih Tercipta

Pemenang Bagi Kategori Pop Rock: Angan & Sedar

Pemenang Bagi Kategori Etnik Kreatif: Samudera

[tags]keputusan ajl22, anugerah juara lagu 22, kontroversi faizal tahir banned, gambar purple carpet, result ajl22, pengganti faizal tahir, lagu terbaik, persembahan terbaik ajl, kad jemputan, wedding, suharto meninggal, gambar suharto[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Presiden Indonesia Suharto Meninggal Dunia

Gambar Selebriti di Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 22