in , ,

Sekian Lama Aim Menyepi Sejak 2016, AIM23 Kembali Dengan Pembaharuan

Rancangan anugerah utama akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Astro RIA dan ERA yang bakal diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 pada jam 9.00 malam (Karpet Merah pada 8.30 malam).

Acara berprestij Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) dilancarkan hari ini yang bakal mempertandingkan 26 kategori dan berlangsung pada 11 September, jam 9 malam di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta disiarkan di Astro Ria.

Selepas menyepi lebih lima tahun, penganjuran kali ini bakal dibuat lebih gah seiring dengan prestijnya.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur mahu kegemilangan acara itu dikembalikan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, perbincangan menyeluruh dan teliti penganjuran kali ini sudah dimulakan sejak awal tahun lalu.

“Banyak aspek yang kami bincangkan secara teliti terutama daripada segi memastikan acara itu gemilang. Apalagi, sekian lama dinantikan, pastinya ramai ternanti untuk AIM kembali dianjurkan.

“Pada malam itu nanti, Astro akan memainkan peranan untuk tampilkan produksi yang cukup gah. Begitu juga persembahan, kami janjikan artis-artis hebat selain menjemput penyanyi antarabangsa untuk menghiburkan penonton.

“Kami berharap AIM23 akan kembali menjadi acara tahunan dan martabatkan industri muzik kita,” katanya.

Menariknya, pencalonan AIM23 dibuka untuk lagu atau album dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India yang dikeluarkan di Malaysia dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.

Tempoh pencalonan dibuka bermula 27 Julai lalu dan berakhir pada 5 Ogos, jam 5 petang.

Rosmin berkata, pencalonan dibuka kepada karya yang dihasilkan dalam tempoh satu setengah tahun ini sebagai ketetapan rasmi. Justeru, lagu-lagu terdahulu yang bukan dihasilkan sewaktu tempoh itu tidak layak.

“Memang sayang juga tapi itulah ketetapan demikian sudah dibuat sebulat suara. Kami pun turut memaklumkan syarat terbabit dan difahami syarikat rakaman mahupun artis.

“Kiranya bukan rezekilah untuk lagu-lagu yang dihasilkan ketika AIM direhatkan penganjuran. Apapun, kami menerima jumlah pencalonan yang sangat menggalakkan setakat ini,” katanya.

Seperti penjurian dalam penganjuran lalu, calon akan dinilai panel juri terpilih terdiri daripada pengamal yang dihormati dan pakar terkemuka daripada pelbagai disiplin dalam industri muzik tempatan.

“Kami amat teruja untuk menganjurkan AIM yang ke-23 selepas sekian lama menyepi dan juga amat gembira melihat industri muzik tempatan menuju ke arah pemulihan selepas tempoh pandemik. Sudah agak lama pengamal industri muzik tempatan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, terutamanya penghormatan yang diperolehi dengan memenangi anugerah AIM. Sejak 1993, AIM telah dikenali sebagai Anugerah Grammy Amerika yang setaraf di Malaysia, satu-satunya persembahan anugerah tempatan yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada pengamal industri muzik tempatan termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi, berdasarkan merit dan kualiti di samping membantu merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam penciptaan muzik yang boleh menembusi pasaran antarabangsa”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23.

“Terdapat perubahan besar dalam cara muzik digunakan dan didengari oleh orang awam. Untuk mencerminkan keluasan muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, kami telah menambah anugerah ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’ dan ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ dalam kategori anugerah utama. Kami juga telah mengembalikan semula kategori ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing’, manakala kategori ‘Lagu Paling Banyak Dimuat Turun’ telah digugurkan memandangkan penggunaan muzik pilihan orang ramai adalah melalui penstriman”, tambah Rosmin.

Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi Mandarin dan Tamil dimansuhkan, sebaliknya, dimasukkan dalam kategori Anugerah Utama pada edisi ke-23, tahun ini.

Rosmin berkata, pihaknya memutuskan membuka penyertaan bagi tempoh berkenaan kerana karya lebih terkini selepas berbincang dengan jawatankuasa penganjur.

“Kami membuat keputusan memansuhkan AIM edisi Mandarin dan Tamil sejajar konsep Keluarga Malaysia.

“Lagipun, jika melihat kembali rata-rata pengikut AIM terdiri daripada penonton Melayu. Jadi, penganjur merasakan adalah relevan jika lagu dalam bahasa Mandarin dan Tamil dimasukkan dalam kategori anugerah utama.

“Mengenai tempoh selama 18 bulan, ia dilakukan agar relevan dengan karya terkini. Malah, kami yakin tidak menjadi isu kerana syarikat rakaman dan artis faham dengan situasi ini,” 

Pada edisi ke-23, sebanyak 26 anugerah dipertandingkan termasuk tiga anugerah baharu iaitu Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing.

Tempoh pencalonan dibuka sejak 27 Julai lalu dan tarikh tutup pada 5 Ogos ini, jam 5 petang.

Antara kategori dipertandingkan ialah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Video Muzik Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan lain-lain.

Ketua juri dilantik oleh jawatankuasa penganjur. Penerima anugerah pencapaian seumur hidup Sri Wirama pula akan ditentukan oleh Ahli Majlis RIM. Keputusan Lima Calon Akhir AIM23 dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Kategori Anugerah Utama

1. ARTIS BARU TERBAIK
2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)
3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)
4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN)
5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU
6. VIDEO MUZIK TERBAIK
7. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA
8. LAGU ROCK TERBAIK
9. LAGU POP TERBAIK
10. LAGU R&B/HIP HOP TERBAIK
11. LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TEBAIK
12. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
13. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK
14. LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK
15. LAGU MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA
16. LAGU NASYID TERBAIK
17. LAGU POP ETNIK TERBAIK
18. ALBUM TERBAIK
19. LAGU TERBAIK

Anugerah Khas

20. ANUGERAH SRI WIRAMA

Kategori Pra-Anugerah

21. KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK
22. RAKAMAN ALBUM TERBAIK
23. RAKAMAN LAGU TERBAIK
24. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU
25. LAGU PALING TINGGI DI STRIM
26. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azizan Osman | 11

Sandiaga Lancar Kerjasama Richworks Bimbing Usahawan Indonesia 

Samsung | 12

Meet the New Purple Edition, S22 Bora Purple