in , ,

“Anugerah Amat Bermakna Untuk Saya & Arwah Suami Tercinta Johan Nawawi,” – Datuk Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin menyifatkan gelaran Datuk yang dikurniakan sebagai pengiktirafan negara terhadap sumbangan suami, Allahyarham Johan Nawawi, sepanjang tiga dekad berjuang dalam industri seni. Dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Ariffin, 47, berkongsi kejayaan itu bersama arwah suami yang bertanggungjawab atas pencapaian kariernya.

Penyanyi Nora Ariffin mengakui berasa sangat terharu selepas diiktiraf sebagai antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Selain Nora, dua penggiat seni lain yang dikurniakan gelaran Datuk adalah penerbit dan penulis lirik tersohor, Habsah hassan dan pengarah, komposer, penyanyi dan pelakon, Yusry Abdul Halim.

Nora difahamkan telah menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Nora, dia berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong serta Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan tersebut.

 “Assalamualaikum. Alhamdulillaah, Segala puji hanya bagi Allah swt, Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yang diberi,”

– Datuk Nora Ariffin

Biarpun baru sahaja dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW), Nora memberitahu bahawa beliau masih orang yang sama.

“Kak Nora masih seperti dulu,”

– datuk nora

Jelas penyanyi lagu Samudera itu lagi, dia menyifatkan penganugerahan ini sebagai hadiah paling istimewa bukan sahaja buat dirinya tetapi untuk arwah suaminya yang juga merupakan komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi.

“Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah swt, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini. Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.

“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat dan semua pihak media yg telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya,” jelasnya lagi.

– Datuk Nora Ariffin

Sementara itu, Nora menegaskan dirinya akan menggalas amanah ini sebaiknya lebih-lebih lagi untuk menjadi suri teladan kepada semua pihak termasuklah para penggiat seni tanah air.

“Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya. Semoga kita semua diberkati Allah swt.
In Shaa Allah. 1 Februari 2021,”

– Datuk Nora Ariffin

Selain Nora, antara penggiat seni yang turut sama dikurniakan darjah kebesaran tersebut adalah penyanyi, Yusry KRU dan dan penulis lirik, Habsah Hassan.

Nora mula mengorak langkah dalam dunia seni selepas menjuarai Bintang HMI pada 1991. 

Namanya mula mendaki carta populariti menerusi lagu Di Persimpangan Dilema yang dipetik daripada album pertama berjudul Sandiwara yang diterbitkan pada 1994.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elisya Sandha Selamat Bertunang Dengan Haq, Anak Sulung Sheila Rusly

“Henti Tuduh Isteri Saya Bukan-Bukan,”– Shuk Pertahan Bini Buat Review di IG