in

Gambar Anuar Zain Kahwin Senyap-Senyap Adalah Tidak Benar!

Anuar Zain kahwin? Boleh percaya ke? Rasanya ini bukan gambar kahwin Anuar Zain. Tajuk yang sesuai, gambar Anuar Zain bersama pengantin? Kalau kahwin rahsia, mesti lambat laun dapat dihidu juga kan?

Banyak perkara yang boleh disimpulkan dari gambar ini. Mungkin Anuar Zain dijemput untuk menghiburkan para jemputan di majlis perkahwinan dan pengantin mahu mengabadikan kenangan dengan Anuar Zain.

Tak gitu?

Updated: Kan dah kata… sebenarnya dakwaan email layang yang mengatakan Anuar Zain telah berkahwin adalah tidak benar sama sekali. Budiey baru sahaja mendapat email daripada pengurus Anuar Zain mengatakan gambar perempuan di sebelah Anuar Zain ialah isteri orang.

Anuar bergambar kerana dia membuat persembahan pada majlis perkahwinan pengantin yang di dalam gambar tu. Untuk makluman semua,  pengantin itu adalah anak kepada Puan Badariah, Human Resource Director for TV3. Weddingnya 14 March 2009 di Le marquee, Palace of Golden Horses. Tak percaya boleh check. I hope you will stop forwarding these emails yang tak bermenafaat dan saya berdoa supaya berita ini tidak sampai kepada Puan Badariah, mahupun suami pengantin perempuan.

A Luncheon with Anuar Zain

Cakap pasal Anuar Zain yang bersuara emas ini, Budiey nak promote kat korang semua, A Luncheon with Anuar Zain. Kalau nak dengar lontaran vokal penyanyi lagu Ketulusan Hati yang sangat eksklusif ini, boleh la datang menonton persembahan Anuar Zain yang bergandingan dengan Fazli Zainal di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur jam 12 tghari pada 9 April 2009, hari Khamis ini sempena Secretaries Week show.

Tiket berharga RM 380++ & RM 600++. Call segera: 03 20893688 atau 03-20893668. Tempat duduk sangat limited! Jadi tempahlah cepat-cepat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Striking New HP Pavilion dv2 Notebook Combines Optimal Performance, Rich Entertainment and Sleek Design

Apa Khabar Orang Kampung Ziarah Kampung Tengah, Gemencih, Negeri Sembilan