in ,

AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari

Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua pelakon, pengarah dan juga krew filem AntooFighter yang telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tanggal 27 November telah mendapat tempat di hati penonton kita. Bukan mudah untuk mendapat jualan tiket RM1 juta dalam masa 4 hari dalam keadaan gawat seperti sekarang. AntooFighter arahan Azizi Adnan @ Chunk telah meraih kutipan RM 1 Juta selama 4 hari ditayangkan ini sudah tentu akan mengembirakan GBSB.

Sinopsis Filem AntooFighter:

Kisah bermula apabila Sekumpulan Makhluk dan Hantu-hantu dizaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela dizaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat dan hantu-hantunya (Bajang (Iblis), Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara KL dan dijadikan markas operasi mereka. Disitu mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibu Negara sehingga menyebabkan Negara di tahap bahaya.Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan “Lord Sharon”iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu , Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu “Delyla” , dimana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada “Lord Sharon” supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, Kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din ( salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an). Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

Art work:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Twilight Lakonan Kristen Stewart & Robert Pattinson

Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?