in ,

Animasi ASK LARA Tercalon di International Emmy Kids Awards

Kredibiliti Animasia Studio Malaysia Terbukti:
ASK LARA TERCALON DI INTERNATIONAL EMMY KIDS AWARDS

Rakyat Malaysia kini boleh berbangga dengan kredibiliti Animasia Studio dalam produksi animasi bersiri ASK LARA yang berjaya mendapat pencalonan animasi di International Emmy Kids Awards 2012, yang akan berlangsung di New York pada 8 Februari ini.

Ask Lara

[dropcap]N[/dropcap]ominasi ini mengiktiraf serta memilih program animasi yang mempunyai gaya inovatif serta dijurikan dengan cara terperinci. Mensasarkan kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun, siri ASK LARA mempamerkan pengembaraan sekumpulan remaja yang tinggal bersama di negara asing melalui program pertukaran bahasa. Siri animasi ini telah disiarkan di beberapa negara Eropah dan Amerika Latin seperti di saluran Canal+ (Perancis), NRK (Norway) dan Pop TV (Slovenia).


Selain ASK LARA, Animasia Studio yang ditubuhkan sejak tahun 1996, sudah menghasilkan pelbagai produk animasi. Antaranya ialah Bola Kampung, ABC Monster, Chuck Chicken, Balla Bowl, Bola Kampung X, Supa Strikas, Harry Bunny dan Asian Folklores. Ia merupakan sebuah produksi dengan kandungan digital yang menawarkan hasil-hasil kerja animasi kreatif dan idea baharu nan bernas. Animasia Studio turut memberikan suntikan warna, keseronokan, penggembaraan dan menukarkan kehidupan statik kepada siri animasi dan kartun.

Tidak dinafikan, selain pencalonan dalam International Emmy Kids Awards tahun ini, kredibiliti animasi Animasia Studio turut diiktiraf apabila pihak ini telah menjadi pemenang anugerah iPi Motion Capture August Challenge 2012. Dan terbaru, Animasia Studio dikatakan sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan filem 3D “Bola Kampung The Movie” yang bakal ditayangkan di pawagam pada 21 Mac ini.

ASK LARA Tercalon di International Emmy Kids Awards

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Irwansyah dan Isteri Mungkin Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah

Didie Alias Bakal Buat Sidang Media Jadi Punca Konflik Max 24:7