in

Animasi Anak-Anak Sidek & Animasi Bola Kampung

RTM Kembalikan Siri Animasi Anak-Anak Sidek dan Animasi Bola Kampung Sepanjang Julai di TVi

Saluran TVi (Astro 180) mulai Julai ini menyediakan dua slot animasi khas pada jam 11.30 pagi dan 09.00 malam, setiap hari untuk penonton setia salurannya terutama di kalangan remaja yang gemarkan rancangan-rancangan menarik bercorak animasi.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengembalikan nostalgia kegemilangan keluarga jaguh badminton negara dengan menayangkan animasi Anak-Anak Sidek yang disiarkan 3 kali seminggu iaitu bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam.

animasi Bola Kampung

Pastinya anda masih ingat gelagat dan babak-babak mencuit hati selain turut dikongsi semangat adik-beradik yang cintakan sukan badminton menerusi animasi Anak-Anak Sidek yang mengisahkan kehidupan semasa kecil anak-anak Sidek, cara didikan dan aktiviti mereka dalam bidang badminton.

Kisah bermula dengan pertemuan Haji Sidek dengan isterinya yang seterusnya membawa kepada kelahiran Misbun dan adiknya, Razif, Jailani dan kakak mereka. Penonton dapat mengikuti gelagat dan kenakalan bekas jaguh badminton negara semasa kecil yang sering menjadi sasaran kemarahan Haji Sidek.

Kemudiannya pastikan anda turut meluangkan masa menyaksikan animasi Bola Kampung pada setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam yang nyata mampu menyemarakkan semangat demam bola sepak sedang melanda negara. Apatahlagi dengan kebangkitan pasukan bola sepak kebangsaan sekarang, TVi turut memeriahkan masa santai anda dengan menyiarkan siri animasi popular ini yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu.

Bola Kampung berkisar kepada kegigihan 3 orang remaja dikenali sebagai Wan, Zul dan Satok yang gemar bermain bola telah menubuhkan pasukan bola sepak di kampung mereka. Selain itu aksi-aksi menarik perlawanan bola sepak dalam bentuk animasi dapat di lihat menerusi rancangan ini.

Kisah Lagenda Kinabalu yang menggambarkan kehidupan di perkampungan Orang Dusun di Sabah yang memaparkan kisah perjuangan panglima Yang Zie yang sering berlawan dengan naga dan penceroboh untuk mempertahankan keamanan kampungnya juga turut menemui penonton saluran TVi Julai ini.

Slot animsi Lagenda Kinabalu yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi ini diisi dengan animasi kisah dongeng dan kepahlawanan yang menjadi pilihan seisi keluarga.

Animasi Anak-Anak Sidek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pengambaran Filem ROCK Oo Rimba Bara Kembali

Episod Akhir Drama Bersiri Makbul