in ,

Andi A.Merican, Sabhi Sadhi, Amirul Jafril, Senoritaz & Fatin di Soulful Celebrities

SOULFUL CELEBRITIES AT CELEBRITY CLUB

Melihat keadaan industri muzik yang lebih cenderung kepada irama pop, Celebrity Club telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan malam ‘Soulful Celebrities at Celebrity Club’ pada hari Sabtu bersamaan dengan 27hb November 2010.

Showcase yang berkonsepkan ‘Soul Music’ itu akan mengetengahkan para artis dari sirka underground hingga ke penyanyi yang lebih mainstream. Antara yang terlibat adalah Amirul Jafril, Senoritaz, Andi A. Merican, Fatin Syazanna dan Sabhi Sadhi. Mereka akan membawakan beberapa buah lagu yang terdiri daripada genre seperti RnB, Jazz, Funk dan juga Blues.

show andy

Menyentuh bagaimana perancangan showcase ini pada mulanya, Andi A. Merican yang juga merupakan penerbit pada malam itu menjelaskan yang dia telah banyak menimba pengalaman dari penerbitan sebelum ini.

“Pengalaman menerbitkan beberapa persembahan di sekitar Malaysia dan Singapura telah memberi saya idea untuk berbincang dengan pihak Celebrity Club untuk menganjurkan showcase sebegini. Bagi saya, ini adalah cara saya membantu dan mempromosikan genre RnB soul. Alhamdulillah, pihak Celebrity Club telah memberikan respon yang baik malah kerjasama dari pihak mereka membolehkan acara sebegini berjalan lebih mudah.”

Pemilihan artis juga adalah berbeza agar persembahan pada malam itu lebih variasi.

Ini diakui sendiri oleh Andi, yang juga akan menyanyikan beberapa buah lagu pada malam tersebut.

“Saya memanggil rakan-rakan artis yang versatile, senang bekerjasama dan mempunyai peminat mereka yang tersendiri seperti Amirul, Fatin, Senoritaz dan Sabhi. Ini penting agar setiap artis boleh berkongsi peminat.”

Andi yang terdahulu popular menerusi program realiti, Gangstarz bersama kumpulan lamanya, Infinatez menambah, uniknya “showcase” ini tentu sahaja terletak pada variasi para artisnya, contohnya Sabhi popular dengan lagu pop baladanya dan merupakan peserta separuh akhir Muzik-Muzik baru baru ini, Amirul Jafril berlatar belakangkan muzik jazz dan RnB manakala Senoritas lebih cenderung kepada muzik Dance dan R&B. Tambahnya pada malam itu para artis yang membuat persembahan bakal menterjemahkan jiwa atau “soul” menerusi persepsi masing-masing.

Sambung Andi lagi, “Idea showcase ini bermula dengan niat mengembalikan “jiwa” atau “soul” dalam industri muzik tempatan, selangkah demi selangkah. Penyatuan artis dari arena underground hingga ke mainstream juga memberikan definisi unik pada “showcase” ini, kerana ia membuktikan muzik tidak mengenal sempadan klasifikasi semata-mata kerana ia datang dari jiwa.

Bagi anda yang menggemari irama RnB Jazz dan tidak mempunyai sebarang rancangan pada minggu hadapan, silalah hadir untuk menyaksikan persembahan mereka.

Ianya bermula pada pukul 9pm bertempat di Celebrity Club, Mont Kiara. Ticket berharga dalam lingkungan RM 35-RM 50. Untuk sebarang tempahan tiket dan meja, sila hubungi 017-3880504/019-2750575

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Nabila Huda di Shout! Awards 2010

Gambar Sekitar Konsert Kedua Idola Kecil TV9