in ,

Anak Muda Bantu Pelajar di Malaysia Mengharungi Wabak Covid-19

Akibat dari pandemik COVID-19, ramai rakyat Malaysia terjejas termasuk pelajar-pelajar di Malaysia. Keperihatinan anak muda tentang pandemik yang sedang berlaku ini, dua badan organisasi bukan kerajaan Rechange Education Malaysia (rechange_ed) dan Saya Anak Malaysia telah berkolaborasi bagi memberi Pek Penjagaan Percuma kepada pelajar di Malaysia.

Projek ini dilakukan atas dasar melihat para pelajar university yang terpaksa mengetepikan sedikit perbelanjaan mereka bagi barangan keperluan semasa pandemik ini seperti pelitup separuh muka, dan cecair pembasmi kuman.

Hasil kerjasama pihak Rechange Education Malaysia dan Saya Anak Malaysia, mereka berjaya menyediakan 60 pek penjagaan secara percuma dan dihantar kepada para pelajar universiti di seluruh Malaysia, termasuk pelajar yang berada di Sabah dan Sarawak.

Anak Muda Bantu Pelajar di Malaysia Mengharungi Wabak Covid-19

“Projek ini khasnya bertujuan untuk meringankan beban para pelajar universiti yang mungkin menghadapi kekangan dari segi kewangan bagi membeli barangan penjagaan diri sewaktu wabak COVID-19 ini,”

– Mohammad Shahril, Pengasas Rechange Education Malaysia

Sesi pembungkusan pek ini dihadiri oleh 6 orang di Collective co-workspace di Bayu Perdana Klang, masing-masing terdiri dari pelajar universiti yang sudi membantu dalam proses penyediaan pek tersebut dan segala SOP tetap diambil bagi menjamin kebersihan pek tersebut.

Anak Muda Bantu Pelajar di Malaysia Mengharungi Wabak Covid-19

Rechange Education Malaysia merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang bertujuan membantu para pelajar di Malaysia untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti serta menyediakan mereka pelbagai peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Saya Anak Malaysia pula adalah organisasi yang menyediakan ruang kepada anak muda terutamanya pelajar universiti untuk menyuarakan pendapat mereka tentang isu-isu semasa di Malaysia serta menggalakkan perpaduan sesama rakyat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusof Hilang Sabar, Bakal Saman Youtuber

HUAWEI WATCH FIT & FreeLace Pro, Dua Gadget Yang Buat Anda Mahu Bersenam Selalu