in , ,

Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka

Setelah 5 tahun, sudah tiba masanya lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ diberi sentuhan dan nafas yang baharu. Terbitnya fajar di kala tahun bersejarah ini, ketika negara kita sedang asyik menghala ke arah perubahan #MalaysiaBaru, Mat Lela beraspirasi untuk mengikhtiarkan lagu ini sekali lagi dengan menyampaikan inti pati lagu tersebut dan pesanannya kepada rakyat Malaysia.

Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka

Pada tahun 2013, lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ menampilkan Permaisuri Ibu Pertiwi Muzik Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Mat Lela Derhaka. Istimewanya kali ini, Mat Lela telah diberi mandat untuk menyerikan lagu “Tanah Airku Tanah Airmu Jua” dengan lebih “garang” bersama ‘Yang Berbahagia’ Muzik Rock Amy Search dan barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka dari Malay College Kuala Kangsar. Dengan pertemuan ini, justeru tertubuhlah rancangan Mat Lela yang diberi nama #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia.

Mat Lela berkata, “Tanah Airku Tanah Airmu Jua dendangan pancaragam kami lebih tetesterone, lebih “jantan”, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Muzik Rock Tanahair, Amy Search”. Memetik kata-kata dari YB sendiri, “… projek ni macam kira last minute lah, tiba-tiba je loQue datang, bang kita nak buat ni ni okay ke? Saya pun free.. saya cakap belasah je lah jadi apa… yang paling penting dia punya rawness tu”.

Mengulas pendapat beliau mengenai erti kemerdekaan, YB Amy menjawab “….pemikiran kita harus merdeka. Merdeka tu macam kepala kita mesti terbukalah dengan hidup kita tahun 2018. Kalau kita masih di takuk lama, kita belum merdeka. Kita masih belum cukup merdeka… kita belum tahu menikmati apa itu merdeka, jadi slamat hari merdeka untuk rakyat Malaysia. Peace slamanya!”

Mengenai #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka, rancangan ini disusuri dengan pelbagai kejadian yang simbolik apabila diteliti. Mat Lela, YB Rock Amy Search dan kumpulan pancaragam Malay College Kuala Kangsar berkenan untuk merakam dan memainkan lagu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang dikelilingi dengan hutan batu bata yang mencakar langit tingginya. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada kita sebagai rakyat Malaysia tercinta untuk tidak melupakan asal usul dan sejarah tanah air ini meskipun kita sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke hadapan demi mencapai taraf yang disegani dunia.

Tambahan lagi, bunyi-bunyian dari barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka yang mengiri Mat Lela dan YB Amy Search ini juga membawa simbolik kepada kelangsungan usaha anak bangsa kita dalam mengorak langkah. Mengikut sejarah, pertubuhan MCKK kira-kira pada tahun 1947 dahulu hanyalah untuk golongan elit semata-mata. Namun, berkat semangat nasionalisme anak bangsa kita telah berjaya membuka peluang bagi mereka untuk mendapatkan pelajaran. Maka, Mat Lela dalam rancangannya mencuba untuk mengingatkan kita selaku rakyat Malaysia bahawa kita mampu mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik apabila teguh bersatu.

Ayuh sama-sama menyahut seruan Mat Lela! Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ nyanyian Mat Lela, YB Amy Search diiringi oleh pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka di YouTube saluran cataloQue dan dengarkan audio rakaman di semua gedung-gedung digital seperti Spotify, Apple Music, dan yang sewaktu dengannya.

Sempena Kemerdekaan ke-61 pada tanggal 31 Ogos ini Mat Lela menyeru kepada semua rakyat Malaysia… “Merdekakah kita kalau masih malu untuk berbahasa, berbudaya tapi bangga update status dalam English. Apa benda yang merdeka? Merdeka bererti bebas dari hidup kepura-puraan. Pura-pura untuk menjadi Mat Salleh/Arab ataupun sesiapa pun yang bukan diri kita yang sebenar. Slamat Hari Merdeka! Merdekakan Mentaliti raikan cap mohor anda!!”

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 dan Selamat Hari Malaysia! Gemersik Malaysiaku!!

Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka
Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka
Amy Search & Loque Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka

After 5 years, the time for the song ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ has finally come for it to be played with a new jingle once more. As our nation is progressing towards #MalaysiaBaru beginning this year, Mat Lela came with an idea to inspire the nation through his musical means specifically by spreading the message of this song amongst all of the Malaysian citizens.

In 2013, ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ was performed by MonoloQue with the Permaisuri Ibu Pertiwi Muzik Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Fortunately, Mat Lela was honoured with the participation from the ‘Yang Berbahagia’ Rock Amy Search to perform ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ for a more “jantan” version this time! On top of that, Mat Lela and YB Rock Amy Search are joined with the brass band from Malay College Kuala Kangsar (MCKK). With the meet of these 3 minds, Mat Lela came with a plan called #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka in conjunction with the 61st Independence Day and Malaysia Day.

Mat Lela said, “Tanah Airku Tanah Airmu Jua dendangan pancaragam kami lebih tetesterone, lebih “jantan”, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Muzik Rock Tanahair, Amy Search”. YB added that “… projek ni macam kira last minute lah, tiba-tiba je loQue datang, bang kita nak buat ni ni okay ke? Saya pun free.. saya cakap belasah je lah jadi apa… yang paling penting dia punya rawness tu”.

Giving his thoughts on the meaning of “merdeka”, he answered with “…. pemikiran kita harus merdeka. Merdeka tu macam kepala kita mesti terbukalah dengan hidup kita tahun 2018. Kalau kita masih di takuk lama, kita belum merdeka. Kita masih belum cukup merdeka… kita belum tahu menikmati apa itu merdeka, jadi slamat hari merdeka untuk rakyat Malaysia. Peace slamanya!”

#PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka by Mat Lela is no ordinary plan. It’s a plan with patriotic symbolics. Mat Lela, YB Rock Amy Search and the brass band from MCKK has decided to play and record the song ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ in Kampung Baru, Kuala Lumpur which is surrounded by concrete jungle and skyscrapers. The rationale is that Mat Lela tries to remind us to not forget about our origins and identity despite we are progressing ahead globally.

The melody played by the brass band was also a part of the ideation of Mat Lela’s plan. Mat Lela invited the represents from MCKK to show to the world that they are able to achieve great heights and also a story to share when circa 1947, MCKK was only opened for elites and it was the spirit of patriotisme has parted the wall. In brief, Mat Lela reminds us to be unified for a change to be made possible.

Ayuh, semua! Let’s welcome the call from Mat Lela. ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ by Mat Lela, YB Rock Amy Search featuring Pancaragram Nakhoda Mat Lela Derhaka is now playing on YouTube channel at cataloQue and across all digital platforms like Spotify, Apple Music and etc.

In conjunction with the 61st Independence Day on 31st August, Mat Lela ends by saying, “Merdekakah kita kalau masih malu untuk berbahasa, berbudaya tapi bangga update status dalam English. Apa benda yang merdeka? Merdeka bererti bebas dari hidup kepura-puraan. Pura-pura untuk menjadi Mat Salleh/Arab ataupun sesiapa pun yang bukan diri kita yang sebenar. Slamat Hari Merdeka! Merdekakan Mentaliti raikan cap mohor anda!!”

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 dan Selamat Hari Malaysia! Gemersik Malaysiaku!!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Yang Menarik Sempena Hari Raya Haji di TV AlHijrah

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Projek Endangered Malaysians Maxis