in

Amy Mastura, Sherry & AG Dipilih Jadi Hos ABPBH 2014

Amy Mastura sekali lagi diberi mandat mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 yang akan berlangsung pada 5 April depan di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Jika tahun lalu, buat julung kalinya Amy bergandingan dengan Fara Fauzana. Kali ini, Amy tidak keseorangan dan bakal ditemani dua lagi pengacara lain iaitu Sherry Alhadad dan AG yang juga penyampai radio Hot FM.

Sidang media mengenai siapa mengemudi acara berprestij edisi ke-28 ini diumumkan sebentar tadi di Hotel Royale Chulan. Malah turut diumumkan juga barisan penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak itu nanti.

Amy yang ditemui begitu terharu dan teruja dengan peluang berkenaan. Kali terakhir Amy mengacarakan acara penganugerahan berskala besar sekitar 16 tahun lalu menerusi Anugerah Juara Lagu.

“Insya-Allah, tanggung jawab ini saya akan pikul dengan baik. Akhbar BH pun tak pernah jemu memberi sokongan kepada saya.

“Saya sendiri bukanlah pengacara yang skema. Saya selesa jadi selamba dan tak terikat. ABPBH pun pernah mencatat memori manis buat diri saya apabila menang Penyanyi Wanita Popular pada 1994. Lepas itu saya tak menang lagi dah,” katanya ringkas.

Kehangatan malam ABPBH 2014 bertemakan Cinta itu bakal digamatkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir &The Royale FT Force, Dayang Nurfaizah, Yassin, Achey, Abam, Mark Adam, Elizabeth Tan, Hazama dan Black

Tak ketinggalan Azmil Mentor, Azlan Typewriter, Akim, Salamiah Hassan, Atilia, Lefthanded dan Aweera. Sementara itu barisan penyampai trofi pula seperti Amelina, Zara Zya, Ifa Raziah, Nur Fathia, Shaheizy Sam, Mummy Khaty, Zizie Ezette, Syarul Ridzwan dan Shukri Yahaya.

Turut sama sebagai penyampai trofi ialah Hisyam Hamid, Ayda Jebat, Puteri Balqis, Siti Saleha, Ikhwan, Tun Nadia dan Hafiz Hatim. Pada acara sidang media ini juga turut diadakan pertunjukan fesyen bercirikan Cinta selain selingan persembahan artis.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 2014, Datuk Mahfar Ali, Badrul Hisham Othman (Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap Penasihat 1, ABPBH 2014) dan Shamshul Azree Samshir (Pengarang Hiburan BH, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014).

ABPBH kali ini turut diperkasakan dengan kerjasama penaja seperti Harmony Mall Sdn Bhd, pengeluar kosmetik Zarra Sinar Puteri; SWCorp Malaysia; Alam Flora Sdn Bhd; SWM Environment Sdn Bhd; Environment Idaman Sdn Bhd; UMW Toyota Motor Sdn Bhd; Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3); Resorts World Genting; TonTon; HotFM; Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur; HTC Malaysia Sdn Bhd; dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah-Pengarah Korea Cari Lokasi Pengambaran di Sarawak?

Dapatkan Nilai Data Tambahan Dengan ReloadPlus