in ,

Ammar Alfian Bercerai Dengan Cara Tebus Talak, Bekas Isteri Diperintah Bayar RM7,000

KEMELUT rumah tangga pelakon Ammar Alfian dan Nelissa Nezam berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Rabu membenarkan pasangan itu bercerai secara tebus talak.

Pelakon Ammar Alfian dan isteri, Nelissa Nezam telah bercerai secara tebus talak pada hari Rabu, 14 Oktober 2020. Ammar memaklumkan perkara ini di Instagram, di mana bekas isterinya diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar iwad sebanyak RM7,000 kepadanya dan isterinya telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.

Ammar juga memberitahu dia tidak akan memaafkan segala perbuatan Nelissa terhadap ibu dan bapanya.

Ammar Alfian Bercerai Dengan Cara Tebus Talak, Bekas Isteri Diperintah Bayar RM7,000

“Apa yang dah dia lakukan terhadap ibu dan bapa saya tidak akan saya maafkan. Justice has been served, ”

– Ammar Alfian

Dalam pada itu, Ammar seakan-akan memberikan bayangan bahawa kebenaran yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya bakal terbongkar tidak lama lagi.

ammar alfian

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7,000,”

“Akhirnya kebenaran terbongkar. Dia mungkin punyai kelebihan memperdaya media hingga menentang saya namun kebenaran akan pasti terjawab.”

“Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. 

“Apa yang dah dia lakukan terhadap ibu dan ayah saya tidak akan saya maafkan. Justice has been served,” 

– Ammar Alfian

Pada 10 Ogos lalu, Nelissa meluahkan rasa kesal apabila Ammar menolak permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Menurut Nelissa, dia tidak mengetahui niat sebenar Ammar dan menyifatkan tindakan aktor itu hanya akan merumitkan keadaan.

Ammar Alfian Bercerai Dengan Cara Tebus Talak, Bekas Isteri Diperintah Bayar RM7,000

Ammar mendirikan rumah tangga dengan Nelissa pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Pengaruh Video Trick, Anak Dr Erin Telan Duit 50 Sen

Luahan Cinta Mia Lateefa Dalam Single HUJUNG DUNIA