in , ,

Amerul Affendi Bersyukur Industri Filem Kini Alami Perubahan

Pelakon Amerul Affendi bersyukur apabila industri seni tanah air kini sudah berubah sedikit selepas dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir penerbit dan stesen televisyen yang lebih mengutamakan rupa paras dan jumlah pengikut di media sosial berbanding bakat seseorang pelakon.

Ia bukanlah kali pertama pelakon “Pekak” meluahkan perkara sama kerana sebelum ini dia pernah mendedahkan telah dipilih oleh produksi untuk membintangi beberapa buah drama tetapi kemudian dibatalkan berikutan pihak stesen televisyen tidak mahunya dengan alasan tidak mempunyai banyak pengikut di media sosial. 

“Jumlah pengikut saya turun naik ikut keadaan. Saya luhakan kerana nak tengok benda ini berubah. Sampai bila mereka akan bermain dengan isu begini. Ia bukan untuk saya saja, tapi untuk generasi akan keluar dari pusat pengajian atau pun yang betul-betul nak jadikan lakonan sebagai kerjaya. 

Alhamdulillah, ia berjaya membuka mata masyarakat untuk tahu macam mana keadaan industri kita. Orang industri juga seperti penerbit sedar mengenai apa yang berlaku. Masyarakat dan penonton dah pandai dan mahukan cerita yang bagus untuk ditonton,”  

– Amerul Affendi

Disebalik isu yang berlaku, Amerul merupakan seorang pelakon yang cukup versatil dan mampu menggalas apa sahaja watak yang mampu beri impak kepada penonton. 

Lakonan yang mantap membuatkan rata-rata penonton sentiasa tertunggu-tunggu projek terbaru Amerul. 

Dalam pada itu, Amerul berkata selain berlakon dia juga aktif dengan bidang perniagaan apabila mengusahakan ladang sawit, menternak kerbau dan ikan patin. 

Sementara itu, Amerul bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul “Prebet Sapu” yang kini sedang menanti tarikh tayangannya di pawagam tidak lama lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha

Huawei P50 Dijangka Hadir Pada Pertengahan Pertama 2021