in

Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011

Salam semua, apa khabar? Harap semua sihat ya. Kalau tak sihat tu, tak reti-reti nak makan ubat. Hehe, saje je nak menyakat korang. Hari ini 25 Mei, hari yang sibuk bagi Budiey sebab hari ini pagi, petang dan malam, penuh jadualku dengan event. Hari ini lokasi Budiey di Mid Valley pada sebelah pagi, sebelah petang pula di The Curve dan sebelah malam di KLCC. Fuhh… harap segalanya berjalan dengan lancar.

Amanda Imani

Semalam, Budiey ada terima bingkisan beberapa keping gambar dari pengurus Amanda Imani merangkap ibu kepada penyanyi ini. Gambar ini diambil semasa Amanda Imani menyertai edisi ke 20 International Pop Music Festival Discovery 2011 yang diadakan di Varna, Bulgaria di mana dari 13 hingga 15 Mei.

Budiey difahamkan semasa festival muzik ni, Amanda Imani bertanding dalam dua kategori iaitu Lagu Terbaik, di mana dia mempersembahkan sebuah karya original, “Selamilah Cinta” dan Penyanyi Terbaik dengan mendendangkan lagu popular Mariah Carey, “Hero”.

Dengan ini, Budiey nak ucap tahniah kepada penyanyi yang semakin mendapat tempat ni. Sebabnya Amanda berjaya mengharumkan nama Malaysia kat bumi Bulgaria sana dengan memenangi Best Young Talent by World Association of Festivals and Artists (WAFA) dan Best Original Song (second place) – Selamilah Cinta.

Dengarnya, peserta pertandingan bukan calang-calang orang ya. Semuanya berbakat dan persembahan mereka pula gempak-gempak. Pendek kata, semua vokal mantap-mantap. Selain Malaysia, negara-negara lain yang turut menghantar wakil untuk bertanding termasuk Itali, Rusia, China, Sepanyol, Turki, Sri Lanka, Ukraine dan Romania.

Tapi keputusannya sangat tak diduga, Amanda akhirnya berjaya pulang membawa dua trofi. Kira okay dah tu. Jangan bawa pulang tangan kosong sudah ya. Ini menjadikan Amanda artis Malaysia pertama yang memenangi trofi dalam kategori ini. Diharap dengan kemenangan ini, nama Amanda semakin mengharum segar mewangi di bumi Malaysia ini.

Amanda juga turut terharu dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua penaja.

Amanda Imani

Amanda manyanyikan lagu Hero – Mariah Carey

Amanda Imani

Amanda ditemuramah oleh TV Bulgaria

Amanda Imani

Amanda menyanyikan lagu Selamilah Cinta

Amanda Imani

Jangan ingat yang bukan-bukan ya, ini gambar Amanda bersama presiden festival, Dono Tsvetkov. Hehe.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiskrim Nestle Drumstick Almond Thrill Terbaru

Sekitar Majlis Up Close And Personal With Zizan Nin