in ,

Alyah, Joe Flizzow, Shila OIAM, Nrocinu di Roadshow Anugerah Industri Muzik 16

CERIAKAN SABTU ANDA DENGAN JELAJAH PROMOSI AIM 16!

Berita baik buat peminat-peminat muzik tanah air! April ini, ceriakan hari Sabtu anda dengan meraikan calon-calon akhir AIM ke-16 di AIM16 Road show. Gegarannya dapat dirasakan mulai Sabtu ini, 4hb April dengan anjuran jelajah promosi di setiap lokasi yang berbeza untuk empat minggu berturut-turut.

Lokasi pertama untuk AIM16 Road show adalah di Kuantan Parade, Pahang Darul Makmur bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 malam.

Menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai dari semua lapisan umur, anda turut berpeluang untuk bersua dan berkenalan dengan calon-calon akhir kegemaran anda disamping menyaksikan persembahan secara langsung bermula dengan Alyah, Joe Flizzow, Shila OIAM, Nrocinu dan ramai lagi pada Sabtu ini.

Di hoskan oleh pasangan adik-beradik – Hunny dan Hafiz Fly FM, acara ini akan bertambah meriah kerana bukan sahaja persembahan dari artis-artis yang tercalon dapat dinikmati. malah peminat-peminat yang bertuah akan berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama artis kesayangan mereka di atas pentas. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan autograf artis-artis yang hadir.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, “Tahun ini, kami akan meraikan anugerah beprestij ini dengan lebih gilang gemilang dalam usaha kami untuk terus mengukuhkan hubungan kami bersama penonton setia dan arif kami. Harapan dan keperluan menonton mereka adalah keutamaan kami dan dengan memaparkan pengisian yang bermutu tinggi – tidak kira di televisyen, mahupun persembahan secara langsung – kami yakin bahawa ntv7 adalah jenama media yang terbaik di kalangan penonton urban.

Tambah Airin, “Semenjak penubuhannya, AIM telah berjaya mengumpul jumlah penonton yang tinggi di serata negeri dan tahun ini, sebuah usahasama bersama AIM dan penaja utama Celcom, anugerah penuh glamor ini akan melangkah ke tahap yang lebih membanggakan dengan meraikan masyarakat pada siri jelajah promosi kedua – AIM menyumbang kepada masyarakat.”

Saluran Ceria Anda dan AIM akan terus membawakan hiburan terbaik dengan melibatkan lebih ramai artis ternama di siri jelajah promosi seterusnya. Jelajah promosi yang akan datang adalah seperti dinyatakan di bawah:

11 April 2009  : Plaza Alam Sentral, Shah Alam
18 April 2009  : Village Mall, Sg Petani
25 April 2009  : Queensbay Mall, Pulau Pinang

Joe Flizzow

Alyah

Untuk informasi lebih lanjut mengenai AIM16 roadshow yang berdekatan dengan lokasi anda, sila layari laman utama kami di www.ntv7.com.my. Jangan ketinggalan untuk untuk menikmati siri jelajah promosi – hiburan terhebat untuk seisi keluarga anda, bermula Sabtu ini, 4 April di Kuantan Parade, mulai jam 3 petang.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

I Wanna Be A Model New Season di 8TV

Filem The Wild Daisy dan Take Me Out To The Snowland di Finas