in , ,

Pelancaran Koleksi Alphabet dUCk: Satu Inspirasi Tersendiri

Dengan membawakan huruf abjad A – Z, dUCk mengajak orang ramai untuk “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself) dalam koleksi terbaharu.

Kumpulan dUCk telah melancarkan secara rasmi Alphabet dUCk – iaitu koleksi  tudung, beg, aksesori dan baju jumper terbaharu dan terbesarnya, yang membawakan 26 huruf abjad, dari A hingga Z. Mengambil inspirasi daripada makna di sebalik setiap huruf, D, persona di sebalik jenama dUCk dan koleksi Alphabet dUCk mengajak orang ramai mencari kekuatan diri sambil menghayati, dan menyerlahkan nama masing-masing dengan maksud “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be Yourself) menerusi koleksi terbaharu ini.

Sebagai koleksi terbesar jenama mewah sehingga kini, dengan 26 fon yang direka bentuk secara unik untuk setiap huruf bagi setiap kategori produk, warna dipadankan oleh abjad untuk mencipta gaya pemakaian yang serba anggun. Sesungguhnya koleksi Alphabet dUCk memberi penghargaan kepada identiti dalam bentuk paling sejati dan menyeru si pemakai yang terpesona sedia menampilkan diri dalam kesibukan setiap hari. 

Tudung Alphabet dUCk

Scarf Nude B copy

Tudung Alphabet dUCk mengetengahkan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap abjad. Setiap tudung membawakan loket bergantung dUCk charm, bunga-bunga kecil yang memagari kesemua 26 huruf dalam warna-warna terang yang menarik hati. Janji dUCk menyerlahkan paparan huruf abjad yang benar-benar memperlihatkan diri anda sebenar!

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z

– Boleh didapati dalam bentuk Selendang (Panjang) dan Bawal (Segi Empat)

– Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm yang tersendiri

– Dimuatkan di dalam kotak simpan khas

– Fabrik: Sutera Satin

– Harga: RM300

Alphabet dUCk Twilly

Twilly Nude B copy

Alphabet dUCk Twilly membawakan gaya cetak fon yang direka khas untuk setiap huruf, menjadikannya teman yang sepadan untuk tudung Alphabet dUCk. Anda boleh mengikat penyeri fesyen ini pada tali beg sebagai hiasan, menggunakannya sebagai pengikat rambut, atau sebagai aksesori hiasan diri. Ia boleh didapati dalam kesemua dua puluh enam huruf abjad, dengan setiap twilly dihiasi loket bergantung dUCk charm yang menjadi lambang keanggunan kami untuk mempelbagaikan gaya anda. 

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z 

– Dimuatkan di dalam sampul

– Fabrik: Sutera Satin

– Harga: RM90

Beg Beli-Belah Alphabet dUCk

Bag Nude B copy

Serlahkan gaya diri anda dengan Beg Beli-Belah Alphabet dUCk. Diperbuat daripada kanvas dan bahan campuran Juco yang mesra alam, beg ini sesuai untuk mengisi barang dan makanan yang anda beli untuk mengurangkan penggunaan beg sekali guna. Anda juga tidak perlu risau untuk membawa barang basah kerana lapik dalamnya diperbuat daripada bahan kalis air. Jadi, gayakan beg ‘abjad’ anda ke mana-mana sambil berbangga untuk membantu melindungi bumi kita!

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z 

– Lapik dalam kalis air

– Bahan: Kanvas dan bahan campuran Juco

– Saiz: P 34sm x L 43.5cm x D 16.5cm

– Harga: RM55

Rantai Kunci Alphabet dUCk 

Keychain Nude B copy

Orang ramai juga boleh bergaya dengan Rantai Kunci Alphabet dUCk. Setiap huruf diperbuat daripada kulit buatan dengan reka coraknya yang tersendiri. Anda boleh menambah sentuhan peribadi kepada rantai kunci yang disertakan loket lambang dUCk dengan tag tersendiri ini! Semestinya unik buat paparan anda atau dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk orang tersayang. 

– Boleh didapati dalam 26 corak dan warna, huruf A-Z- Disertakan dengan loket bergantung dUCk charm emas dan tag tersendiri yang boleh dicetak timbul di butik dUCk 

– Bahan: Kulit buatan dengan tekstur lembut

– Saiz: P 14.5sm (termasuk cangkuk logam) x L 5sm

– Harga: RM50

Baju Jumper Alphabet dUCk

Jumper Nude B copy

Baju Jumper Alphabet dUCk cantik dipandang dan selesa dipakai. Fabrik lembut akan membuat anda rasa dingin, manakala poket tepi memastikan keperluan anda sentiasa bersama. Potongan bahu menjanjikan gaya dan penampilan yang menawan. Dipadankan dengan ukur panjang tidak simetri yang menjanjikan keselesaan dan kesopanan, anda pasti rasa benar-benar yakin menggayakan huruf abjad anda!

– Boleh didapati dalam pelbagai warna dan reka corak A-Z

– Boleh didapati dalam saiz S-XL

– Gaya santai dan menawan dengan potongan leher tinggi, ukur panjang tidak simetri dengan bahagian belakang lebih panjang

– Bahan: Jersi kapas bermutu tinggi

– Harga: RM320

Koleksi Alphabet dUCk boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi FashionValet dan juga butik FashionValet dan dUCk yang terpilih. Orang ramai boleh membeli set kesemua lima (5) jenis produk termasuk Tudung, Twilly, Beg, Baju dan Rantai Kunci pada harga RM730, yang boleh didapati secara eksklusif dalam talian. 

Senarai butik:

•                dUCk Pavilion

•                dUCk KLCC

•                dUCk Setia City Mall

•                dUCk IOI City Mall

•                dUCk One Utama

•                dUCk Haji Lane Singapore 

•                FashionValet Bangsar Village

•                FashionValet Publika

Mengenai dUCk

Sebagai jenama gaya hidup untuk gadis kota moden, dUCk membawakan aliran baharu aksesori fesyen pakaian dan gaya hidup, termasuk koleksi tudung, alat tulis dan kediaman & kehidupan dalam seni cetak grafik dan citra warna yang menghidupkan suasana.

Diasaskan oleh penulis blog popular dan usahawan Vivy Yusof, dUCk dilancarkan pada bulan Mei 2014 dan lahir daripada cintanya terhadap tudung jenama terkenal, dengan matlamat untuk menyampaikan saranan bahawa memakai tudung patut dijadikan amalan yang disanjung tinggi dalam kalangan wanita. Jenama dUCk yang berdasarkan watak bernama D, segera dikenali dan diminati di seluruh dunia. Sejak itu, ia telah diperluaskan untuk menjadi Kumpulan dUCk.

Kumpulan dUCk kini membawakan lima (5) kategori produk utama – Tudung, Kosmetik, Alat Tulis, Beg, dan Kediaman & Kehidupan.

Ceria tetapi anggun. Bergaya tetapi mesra. Gaya bandar dan santai. Ciri-ciri ini telah menjadi lambang kebanggaan jenama yang menyusuli cerita D, duta jenama. Ikuti liku-liku perjalanan hidup dan pengembaraannya menerusi adunan cerita-cerita menarik dan fotografi kreatifnya @theduckgroup.

Kunjungi https://www.getducked.com/ atau butik dUCk hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anas Ridzuan & Ana Syuhada Terpilih sebagai Famili Duo Pilihan Bawa Pulang RM 10,000

Selera Romantis New Zealand Antara Yang Terbaharu di TV Okey