in ,

Almy Nadia Niat Bertudung Dalam Telemovie Niat Hawa

Ramadan yang mulia ini mengajak seluruh ummah melakukan amal kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya. Ramai yang memasang niat untuk berhijrah ke arah kebaikan dan jalan yang diredhai Allah dan berharap ianya berkekalan hingga ke bulan-bulan seterusnya malah diharapkan ianya berkekalan selamanya.

Begitu pun tidak semua bertuah terpilih untuk mencapai impian seperti diinginkan. Ujian Allah dalam bentuk kenikmatan dunia jika tidak berjaya ditentang pastinya menimbulkan perasaan mahu melengah-lengahkan usaha penghijrahan daripada yang buruk kepada yang baik dan yang baik terus kekal lebih baik.

Mengambil ikhtibar daripada situasi yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam menghayati Ramadan ini membawakan sebuah telemovie sarat pengajaran bertajuk Niat Hawa yang berkongsi dengan penonton akibat yang diterima seseorang itu apabila menangguh-nangguhkan taubat melakukan kebaikan.

Khas Ramadan : Almy Nadia Niat Bertudung Dalam Telemovie Niat Hawa Di TV1

[dropcap]D[/dropcap]ibarisi pelakon Almy Nadia, Ezany Nizariff, Safura Yaacob dan Farah Nadia, drama disiarkan pada 20 Ogos 2011, jam 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1 ini memaparkan plot berlaku mengaitkan dua pelajar Diploma di Kolej Unikop (Koperasi polis) bernama Hawa dan lliyana. Mereka berkawan baik dan berusaha mendapat pekerjaan di pasaraya untuk membayar sewa rumah.

Pada masa sama Hawa berniat apabila dapat gaji akan memakai tudung dan membeli motor skuter. Cita-citanya tercapai dan mula mengabaikan pelajaran dan tidak disenangi oleh lliyana. Perselisihan faham sering timbul lebih-lebih lagi Hawa meminati Zudin.

Habis Diploma Hawa mencari kerja dan Adriana menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah. Niatnya memakai tudung tidak disenangi oleh Zudin. Lalu dia tanpa berfikir panjang terus menangguhkan niatnya mahu bertudung kerana sayangkan Zudin.

Rezeki Hawa sememangnya murah apabila kemudiannya dia mendapat kerja lain dan berjaya membeli kereta pula. Namun malang tidak berbau apabila ketika berlumba di jalanraya, Hawa kemalangan yang mengakibatkan dirinya disahkan lumpuh seluruh badan.

Ketika itu Hawa dapat merasakan dirinya seolah baru tersedar daripada mimpi dan dia berhajat agar lliyana membawa tudung untuknya menyempurnakan niatnya.

Untuk menyaksikan kesudahannya pastikan anda meluangkan masa menyaksikan telemovie Niat Hawa hanya di TV1.

Almy Nadia dan Safura bergandingan sebagai ibu dan anak dalam Niat Hawa

Ezany pegang watak Zudin, kekasih Hawa

antara babak menarik dalam Niat Hawa

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Kisah Lailatul Qadar di RTM

ESPN STAR Sports Kicks Off Blockbuster Football Season in Malaysia