in ,

Aliff Syukri Tertekan & Rasa Sedih Sebab Tak Dapat Bercuti & Shopping di Luar Negara

Usahawan selebriti dan pelakon popular Datuk Seri Aliff Syukri diketahui antara yang gemar melancong ke luar negara bersama-sama ahli keluarga.

Malah, beliau juga sering berkongsi gambar-gambar percutiannya di laman Instagram miliknya yang sering mendapat perhatian.

Bagaimanapun, Aliff telah meluahkan rasa kerinduannya mahu bercuti ke luar negara memandangkan situasi sekarang yang tidak mengizinkan.

“Saya sedih… hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara… biasanya hujung tahun tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk shopping.

“Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik tak tahu berapa lama covit ni?? Dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan,”

– Aliff Syukri
Aliff Syukri

Menurutnya, keadaan yang berlaku ini bukan sahaja membuatkan ekonomi teruk, tetapi emosi dan mental turut terjejas.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang memberi komen mengatakan bahawa semua orang terjejas dalam keadaan sekarang ini, terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

“Jangn mcm tu bukan dato sorang je terkesan.. ramai lg yg terkesan lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik. Orang sekarang kais pagi makan pagi dato oi.. 

“Kadang ada benda yg xperlu share, xpyh bgtau satu dunia yang banyak sgt duit. Peka dengan keadaan sekeliling. Daripada banyak fikir duniawi, bawa-bawa mendekati diri tu ke arah ukhrawi juga. In Shaa Allah dato akan lebih bersyukur dan tenang,”

– Netizen

Sumber: KopiPlanet & Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekarang Bukan Masa Untuk Beli iPhone 12, Ini Sebab Utama Kenapa Tak Perlu Beli

Ini Senarai Telemovie Khas Maulidur Rasul 2020 Yang Ditayangkan di RTM