in , ,

Isu Viral Aliff Syukri Langgar PKP, Ini Penjelasan Yang Diberikan

Tindakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto di rumah ibunya menerusi Instagram baru-baru ini dikecam netizen. Foto tersebut menunjukkan Aliff dan anak-anaknya makan bersama di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.

Semalam hangat diperkatakan netizen bengang dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa sengaja melanggar melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Janda Baik, Pahang.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan usahawan itu ternyata tidak adil untuk rakyat lain yang patuh duduk di rumah. Malah, ramai tertanya-tanya bagaimana usahawan itu boleh kemana sahaja bersama anak-anak dan tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Tampil menjelaskan mengenai isu itu, Aliff menafikan dakwaan melanggar arahan PKP dan foto serta video percutian bersama anak-anak yang dimuat naik itu adalah rakaman lama sebelum bermulanya tempoh PKP.

View this post on Instagram

Saya berasa amat sedih sangat apa yang saya buat sering dan selalu dipertikaikan natizen..sedangkan saya tidak kacau hidup orang pun. Sedangkan saya hanya duduk di @sugehhillresortjandabaik .. . Kadang kala gambar yang saya posting itu adalah gambar gambar yang lama. – – Tetapi saya sering dikecam dan dihina kononya suara tidak sedap sedangkan suara sy merdu.. suara macam babi, awak tidak berhak dapat duit, awak sombong. Semuanya. Menyanyi salah, berniaga salah, berjalan salah, makan dengan anak anak salah. – – Apakah sebenarnya rakyat Malaysia mahukan. Apa yang korang tidak puas hati dengan saya. Saya hanya sekadar berniaga sahaja. Kadang kadang orang tidak faham masalah saya, hanya nampak kelemahan dan keburukan saya. Tetapi orang tidak nampak kebaikan saya. – – Kepada anda yang ingin berniaga sila whatsapp pada no yang tertera. Senang nak buat duit Muslim carola ni boleh wussp manager sy Di bawah👇🏻👇🏻 Azah 0197790422 Rahimah ‭0173742851‬ Mashitah 0163227127

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menerusi video dikongsikan di Instagram, usahawan itu juga turut mempersoalkan mengapa netizen sering mencari kesalahannya sehingga apa sahaja yang dia lakukan ada sahaja serba tak kena dan mencetuskan kontroversi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Aliff berbuat demikian kerana dianggap melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaan.

Bukan sekadar menyelar tindakan usahawan itu, malah ada juga yang menyarankan pihak polis untuk mengenakan tindakan seadilnya.

Menerusi entri tersebut, rata-rata ramai netizen berasa berang apabila melihat dia tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaaan. Perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan mahu Polis Diraja Malaysia untuk ambil tindakan seadilnya!

Aliff Syukri Langgar PKP

Penafian Aliff Syukri

Aliff Syukri menafikan dakwaan beliau melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila memuat naik gambar percutian bersama anak-anak seperti yang tular di media sosial. Penyanyi lagu Bobo Di Mana itu mendakwa, entri yang dimuat naik semalam adalah gambar lama dan dirakam sebelum PKP bermula.

“Saya tidak faham kenapa netizen suka sangat mencari kesalahan saya?

Itu adalah gambar lama ketika kami berada di sebuah resort di Janda Baik, Pahang. Baru sekarang saya sempat berkongsi di Instagram (IG).

“Resort itu sangat besar, jadi ada banyak lokasi menarik yang boleh saya abadikan dalam foto.

Takkanlah setiap gambar yang ingin dikongsi perlu ada penjelasan bila dirakam.

“Netizen hendak apa sebenarnya? Semua yang saya buat, tidak kena di mata mereka.

Agaknya mereka suka melihat saya sedih, meratap hiba mengenang nasib diri berikutan arahan PKP,”

– Aliff Syukri

Entri yang memaparkan dia sedang makan bersama-sama anaknya itu mendapat komen negatif netizen. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana Aliff bebas bersantai ketika negara menguatkuasakan PKP.

Kekeliruan juga timbul apabila Aliff meletakkan perkataan ‘hari ini’ pada keterangan gambar. Ada juga yang mendakwa tindakan itu seakan sengaja ‘memancing’ emosi netizen.

Aliff turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan dia tidak sensitif apabila berkongsi video memaparkan dirinya sedang merakamkan lagu Hari Raya. Dakwanya, video itu dirakam tahun lalu.

Meskipun sudah memberi penjelasan, namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Netizen berkata secara terang-terangan anak-anak memang bersama dengannya sedangkan ketika permulaan tempoh PKP mereka bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida di Kota Damansara.

“Tolong jawab Datuk, betul ke Datuk dan keluarga tak menghormati arahan kerajaan untuk #stayathome.

“Dalam tempoh PKP ni boleh ya ke sana ke sini?

“Untunglah masa PKP lepas ke sana sini, kita yang tak berduit ni ikut arahan la, harap PDRM peka dengan perkara ini dan buat tindakan seadilnya,”

Aliff Syukri Langgar PKP
Aliff Syukri Langgar PKP
Aliff Syukri Langgar PKP

Tinggal beberapa hari sahaja lagi PKP akan tamat, apa pun diharap rakyat Malaysia akan terus mematuhi arahan kerajaan untuk memastikan rangkaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap positif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Tempoh PKP ini bukan untuk menziarahi saudara mara atau pergi bercuti ke mana sahaja. Tujuan PKP ini dijalankan adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mahu Cuba Dalgano Coffee, Ini Ada Nasihat dari Ain Edruce Buat Anda!

Kolaborasi Pertama Kali Fariz Jabba & omarKENOBI Untuk KALAH