in , ,

Ini Jadual Promo Album Tour Atilia di Malaysia & Indonesia

Pada 22 Ogos 2017 yang lepas Atilia telah melancarkan album No.3 beliau di Alexis Great Eastern Mall dan ini adalah album beliau yang ketiga selepas album Sangkar dan Indah.

Album ini mengandungi sembilan lagu antaranya Bahagiaku, Sandaranku, No Fruits For Today, Realize dan Segalanya.

Masih berkonsepkan Jazz Pop, album ketiga ini adalah hasil terbaik yang pernah di keluarkan oleh Atilia sendiri. Mempunyai tujuh buah lagu bahasa melayu dan dua buah lagu Inggeris. Album No.3 ini mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan.

ATILIA- NO.3 ALBUM TOUR

Dengan jadual yang padat bagi menyempurnakan jemputan persembahan korporat dan juga sebagai seorang guru yoga di Yoga Want That I Want Studios, tidak mematahkan semangat Atilia untuk terus menyiapkan album ini buat peminat-peminat setia beliau yang dahagakan album baru daripada Atilia.

Kini, Atilia tampil pula dengan ‘No.3 Album Tour’ di mana lokasi pertama album tour ini di KL International Jazz Festival 2017 pada 16 September 2017 yang lalu. Manakala, lokasi kedua yang bakal beliau lakukan adalah di Kuching, Sarawak, pada 14 Oktober 2017 di Haus KCH kolaborasi bersama Air Asia sebagai penaja utama penerbangan Atilia bagi album tour ini. Beliau akan mempersembahkan 18 buah lagu bermula dari album Sangkar, Indah, dan beberapa buah lagu dari album terbarunya “No.3”. Masih mengekalkan konsep persembahan jazz dan pop.

Tiket juga sudah mula di jual dan boleh di beli dengan memhubungi terus nombor ini 014-886 8466 (Aqis). Oleh itu, buat peminat setia Atilia di Kuching, Sarawak jangan lepaskan peluang anda untuk menonton persembahan mantap dari beliau secara ‘LIVE’ dan pastinya tidak mengecewakan.

‘Album Tour NO.3’ oleh Atilia di Malaysia bakal bermula pada :

14 OKTOBER 2017 – HAUS KCH -KUCHING, SARAWAK
23 OKTOBER 2017 – SOULED OUT, KOTA KINABALU
11 NOVEMBER 2017 – IFI, JAKARTA

Teristimewa buat peminat setia Atilia album ‘No.3’ edaran Warner Music (M) ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.

ATILIA- NO.3 ALBUM TOUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefon Bimbit SAMSUNG GALAXY NOTE FAN EDITION Kini Dijual di Malaysia

Kamal Adli Enggan Komen Hubungan Dengan Emma Maembong Yang Dikatakan Retak