in ,

Album Terbaru Padi Tak Hanya Diam Penanda Aras Muzik Asia

Sebelum membaca petikan artikel ini… kita hayati lirik lagu terbaru daripada Padi di bawah ini…

Tak Hanya Diam

“…Kita mungkin terluka
Ataupun bisa mati
Tapi janganlah pernah
Menyalahkan hidup

Persiapkan hati
Persiapkan jiwa
Atas segalanya yang bisa terjadi…”

Puitis dan begitu mendalam sekali makna yang tersembunyi di sebalik ungkapan indah… realiti hidup dan falsafah yang terkandung di dalamnya.

Bagi Padi, muzik bukan hanya perjalanan sebuah karier, di mana setiap perjalanan perlu ada torehan angka penjualan yang tinggi atau mendapat penghargaan dan anugerah.

Muzik adalah hidup mereka. Selain pengalaman manis, masih banyak pahit getir dan liku suka duka yang harus dilalui. Meski harus berdarah, bermandi peluh dan penuh dengan jatuh bangun, Padi masih gah berdiri selesa di tempat mereka dan punya kelompok peminat yang tersendiri.

Tidak hairan setiap album mereka hampir selalu melakarkan potret proses kehidupan yang sedang mereka jalani baik secara individu atau pun secara berkumpulan. Tak terkecuali ‘Tak Hanya Diam’ – Album kelima yang sekaligus menjadi penanda sepuluh tahun pembabitan mereka dalam arena muzik.

Bermodalkan sepuluh lagu, nyaris tidak ada penentuan genre mahupun tema yang ditawarkan di sini. Semua merupakan hasil eksplorasi maksima mereka setelah bekerja keras tidak kurang dari dua setengah tahun.

“Sang Penghibur” tampil sebagai ‘single’ perdana Padi bagi album ini. ‘Sense of urgency’ yang cukup tinggi dapat didengari dari besetan Ari dan Piyu pada bahagian intro. Di ikuti dentuman drum yang selama ini menjadi ‘signature’ Yoyo dan bass line Rindra yang ‘tight’ namun ‘groovy’. Jelas sekali ‘reformasi’ Padi kali ini penuh komunikasi.

Makin kukuh lagi perubahan itu ketika vokal Fadly menerjah masuk. Tidak lagi menggumam, mengeluh bak sedang terseksa, vokal Fadly seperti kembali pada keadaan primanya. Vokal Fadly yang kadangnya mengelus sering pula membentak, lalu dengan mudah melengking tinggi jelas kedengaran di dalam lagu “Sang Penghibur” ini.

Tak salah rasanya jika vokalis yang satu ini pernah diberi gelaran sebagai salah satu vokalis terbaik Indonesia.

Anggota kumpulan padi terdiri daripada Fadly Arifuddin – vokal, gitar, Piyu Yudi Wahono – gitar, vokal, Ari Sosianto – gitar, Rindra Risyanto – bass, vokal dan Yoyo’ Prasetiyo – drum, vokal.

Aliran yang sama juga kembali di perdengarkan pada track kelima “Terluka”. Intro yang kembali didengar menerusi besetan gitar dengan dentuman ‘bassline’ yang ketat berpadu dengan deruan ‘double-kick’ di bahagian korus. (“Akhirnya, double-kick ku nongol juga di album!” seloroh Yoyo’.)

Bukan hanya itu, dengan aliran yang sedikit berbeza, beberapa track lainnya masih punya potensi membuat anda terus menikmati muzik hebat Padi. Dengarkan “Teruslah Bernyanyi” di mana muzik sepenuhnya dapat didengari lewat ‘pattern bass’ dan ‘drum’, hasil kolaborasi Rindra dan Fadly. Liriknya penuh dengan nasihat dan pesanan supaya jangan cepat bosan dengan muzik ini dan kedengaran sangat ‘uplifting’. Dengan gabungan ‘hand-clapping’ dan susunan ‘horn section’ yang lincah, lengkap sudah lagu ini menjadi ‘a feel good song’!

Di album ini, Rindra lebih banyak mendapat tempat untuk bereksplorasi. Di beberapa track lainnya, dia tampil dengan solo bass ‘Belum Terlambat’ – yang menjadi arena anthem dan “Ode” – yang sarat nuansa ‘folk’ akustik.

Sementara itu, buat para sobat Padi yang masih mencari lagu-lagu ‘trademark’ Padi seperti album-album sebelumnya, masih ada sederet track yang masih mampu menggamit nostalgia antaranya ‘mid tempo’ track yang membuat Padi begitu digemari seperti “Rencana Besar”, “Jika Engkau Bersedih”, dan “Jangan Datang Malam Ini”. Album ini turut memuatkan lagu balada penuh melankolik seperti “Ode” dan “Harmony”.

Pada lagu “Harmony” giliran Piyu tampil sebagai vokalis utama. Satu kemajuan buat mereka-mereka yang selama ini cenderung tampil di belakang sebagai pemuzik.

“Perlu empat album dulu buat numbuhin keberanian untuk nyanyi beneran. Hehehe!” seloroh Piyu.

Semangat eksplorasi juga ditunjukkan lewat eksperimentasi ‘crossgenre’, yang terjadi hampir di setiap track. Dengarkan betapa lenturnya mereka memuatkan elemen-elemen “rhythm reggae & ska” yang kemudian berubah menjadi “straight rock” pada lagu “Aku Bisa Menjadi Kekasihmu”.

Selain itu, satu perubahan yang paling terasa adalah pada penulisan lirik. Sebahagian besar lirik pada album ini tidak lagi bertemakan urusan interpersonal iaitu ‘cinta’ tetapi lebih kepada reaksi dan pemerhatian mereka terhadap apa yang terjadi di sekitar kehidupan mereka.

“Bagi kami, lagu adalah medium yang cukup efektif untuk menyampaikan pesanan. Sayangnya selama ini, kita seperti di arahkan untuk menuju satu ‘mainstream’ bahawa lirik pop harus bercerita tentang cinta. Padahal tidak seharusnya begitu,” ulas Piyu yang bertanggungjawab di atas sebahagian besar lirik.

Pesan yang ingin mereka sampaikan kali ini menurut Piyu, adalah soal komunikasi. Bagi mereka jika tiada komunikasi pelbagai masalah akan timbul.

Maka jangan hairan sekiranya lirik seperti “Kasih Tak Sampai” atau “Bidadari” menjadi sesuatu yang lain pada album yang mulai digarap April 2007 ini. Semua lagu-lagu digarap di PAZ, studio milik kumpulan Padi yang terletak di kawasan Cinere, Jakarta.

“Mungkin ini adalah sebahagian dari proses kami sebagai band juga sebagai manusia. Mulai membicarakan tentang hal-hal yang rasanya jauh lebih penting dari hal-hal diri kami. Semuanya mengalir begitu saja tidak perlu difikir dan dipaksa…” kembali Piyu mewakili teman-temannya.

Ya. Apa yang terkandung di album ini adalah sebahagian dari proses sebuah band bernama Padi. Proses muzikal dan juga kehidupan. Seperti biasanya, sudah pasti selera pendengar berbeza-beza. Yang jelas Padi sudah membuka diri dan mata lalu menawarkan idea serta harapan mereka terhadap hal-hal yang menggelisahkan benak dan perasaan mereka. Dan rasanya, hal seperti itu seharusnya mendapat penghargaan. Bukan begitu?

[tags]ulasan album padi, album baru padi, lagu lirik padi, harmony lyric, akustik, nikmat, kahwin, blog wedding, jinggo fotopages, blog siti nurhaliza, krisdayanti, rossa[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL

Noraniza Idris Makin Sombong?