in , ,

Bunkface Lancar Album POP & Pop Campus Tour 2019

Kumpulan Punk Rock tanahair Bunkface mempertaruhkan album terbaru mereka berjudul POP pada 10 Februari 2019 yang lepas di studio milik mereka sendiri di BF Rockstation, Subang Jaya. Taruhan yang berani dari kumpulan yang terkenal dengan genre Punk Rock pada album-album mereka sebelum ini dengan mengetengahkan genre Pop didalam album terbaru ini.

Taruhan yang berani dari kumpulan yang terkenal dengan genre Punk Rock pada album-album mereka sebelum ini dengan mengetengahkan genre Pop didalam album terbaru ini.

Album yang mempunyai 8 buah lagu ini mengandungi 4 buah lagu Bahasa Melayu dan 4 buah lagu Bahasa Inggeris serta didatangkan dengan 2 jenis bungkusan yang berbeza, memberikan kelainan yang unik untuk peminat mereka.

Bunkface

Bungkusan Platinum yang boleh didapati dengan harga RM 69.90 ini pasti menjadi rebutan Truebunkers kerana keunikan dari segi bungkusannya.

Didatangkan dengan kad lirik yang di lukis & diillustrasikan oleh Sam sendiri. Ditanya mengapa album ini berjudul Pop, Sam memberitahu:

“Pop ini diambil kerana Bunkface menggunakan bunyi yang baru, jika dibandingkan dengan album-album terdahulu,”

– Sam

Antara 4 lagu Bahasa Melayu yang terdapat didalam album ini adalah “Kembali”, “Takdir Kita”, “Setiap Malam Aku Bersamamu” & “Apa Pun Tak Boleh” duet bersama Caprice & Datuk Jeffrydin.

Manakala lagu inggeris yang ada pula ialah “Shiver”, We’re Gonna Be Alright”, “Put On My Face” & “Dance With Me” duet bersama Shila Amzah.

Menerima reaksi positif dari kalangan peminat mereka, Bunkface juga akan mengadakan sesi jelajah ke kampus-kampus di seluruh tanah air
bagi meraikan peminat-peminat mereka.

“Dahulu kami bermula di kampus, kini kami kembali ke kampus untuk mereka.”

– Youk
Bunkface

Sesi jelajah yang akan bermula pada 29 Mac 2019 bertempat di UiTM Puncak Alam ini akan menjadi lokasi pertama mereka. Sesi jelajah ini juga menjadi kelainan dari sesi jelajah yang lain kerana Bunkface akan berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang mereka bergelar artis rakaman kepada para pelajar.

Ini menjadi satu anjakan paradigma kepada para pelajar kerana
dapat belajar melalui pengalaman pemain industri itu sendiri.

Malahan, kampus-kampus juga mengalakkan aktiviti begini kerana para pelajar dapat sesuatu melalui program Education Thru Entertainment ini.

Bunkface – Pop Platinum Album

Tiket yang berharga RM 30.00 untuk ‘Bronze’, RM 60.00 untuk ‘Silver’ & RM100.00 untuk ‘Gold’ boleh didapati secara online di aplikasi Stubapp dan juga di sekitar kampus-kampus yang terpilih. Untuk lebih informasi, boleh emel ke [email protected]

Bunkface

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GFRIEND Asia Tour [GO GO GFRIEND!] 2019 di Kuala Lumpur

FUJIFILM Lancar Kamera Padat Nircermin FUJIFILM X-T30