in ,

Album Personaliti Alyah

Alyah target untuk mengeluarkan album mengenai personalitinya selepas hari raya ini.

“Lagu-lagu dalam album itu adalah mengenai diri saya. Setiap lagu dalam album mempunyai ceritanya yang tersendiri. Contohnya, lagu pertama menceritakan tentang perhubungan saya, lagu kedua tentang gosip, trek berikutnya tentang famili saya dan sebagainya,” katanya.

Album yang belum diberikan judul itu mula dihasilkan sejak Mac lalu. Ia mempunyai enam lagu dan masih terdapat tiga lagu yang belum direkodkan lagi. Rakaman untuk tiga lagu tersebut akan dibuat pada waktu puasa nanti ketika Alyah lebih lapang pada masa itu.

Antara komposer yang terlibat dalam album itu ialah Azlan Abu Hassan, Omar K, dan Zulfekar manakala penulis lirik termasuk Habsah Hassan, Sulu Sarawak dan Selen.

“Tentang album itu, saya cari komposer dan penulis lirik sendiri. Saya nak orang lain tahu betapa saya bersungguh-sungguh buat benda ini. Ini macam impian saya termakbul,” ujarnya yang menanggung segala kos pembikinan album tersebut.

Good luck, Alyah~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mohd & Ziana Zain Juara Mentor Musim 4

Gulatis Saman Zahnita RM30 Juta