in

Album Mulan Jameela – Makhluk Tuhan Paling Sexy Self Titled

Tidaklah hairan jika anda merasa asing dengan nama Mulan Jameela kerana wanita berdarah sunda ini telah menggantinya daripada nama asalnya Mulan Kwok sejak menjadi artis solo.

Mulan, wanita berparas cantik kelahiran 23 Ogos 1979 ini memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia muzik Indonesia dan tanah air. Mulan sewaktu menganggotai Ratu memang cukup terkenal dengan lagu “Lelaki Buaya Darat” dan “Teman Tapi Mesra”. Ingat lagi? Sehingga ada lagu Teme Tapi Mesro yang dibuat parodi ditukar kepada loghat Kelantan. Huhu, kelakar giler bila sekali dengar.

Kerjaya Mulan bermula sejak di bangku sekolah lagi sehingga sempat mengeluarkan dua album solo. Kemudian, beliau sering bernyanyi di kafe-kafe sekitar Bandung dan Jakarta sehingga akhirnya pada tahun 2005 Mulan bergabung dengan Ratu yang memantapkan lagi kerjayanya.

Suara Mulan yang unik dan seksi menjadikan setiap lagu yang dinyanyikanya memiliki karakter yang berbeza. Ahmad Dhani daripade Dewa 19 yang menerbitkan album ini bahkan mengatakan suara Mulan sebagai “The most beautiful singer alive”. Ini menjadi modal yang yang cukup besar untuk membangkitkan semangat Mulan dan menumpukan sepenuh perhatian pada album solonya yang ketiga ini.

Album solo Mulan ini diberi judul sama dengan namanya (Self Titled album), berkonsepkan pop rock dan membawa sepuluh lagu pop rock yang memang seksi.

Dalam album ini, Mulan menyanyikan lima lagu baru dan lima lagu lama yang diberi susunan yang baru; seperti lagu “Musnah” yang asalnya dinyanyikan oleh Andra and The Backbone dan juga lagu “Green Tinted Sixties Mind” nyanyian asal kumpulan Mr.Big.

Tracklist Album Terbaru Mulan Self Titled:

1. Makhluk Tuhan Paling Sexy
2. Jatuh Cinta Lagi
3. Karena Aku Pacarmu
4. Lagu Sedih
5. Super Woman
6. Musnah
7. Bukannya Aku Takut
8. Green Tinted Sixties Mind
9. Aku Cinta Kau dan Dia
10. Pertama

Dalam banyak-banyak lagu, Budiey suka lagu ‘Lagu Sedih’ yang berentak perlahan dan Mulan sukses menyampainya dengan penuh perasaan. Perasaan orang yang sedang kecewa dengan kekasih yang sudah meninggal dirinya sendirian. Antara lirik yang bisa buat gue cair… “Katamu kau takkan tinggalkan aku, lukai aku, sakiti aku, tapi kau ternyata tinggalkan aku, sendiri…”

Apa-apa pun, korang belilah album ini yang original.

[tags]mulan jameela, mp3 makhluk tuhan paling sexy, mulan kwok, gambar mulan, bulan sabit, teman tapi mesra, kelate version, lelaki gigolo, kafe, musnah, big size, kedai wme, ahmad dhani gossip, lirik lagu sedih, pilihanraya ke-12, keputusan pilihanraya, gambar almy nadia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Paling Romantis Untuk Valentines Day

Lirik Lagu Polaroid dari Band Oh Chenta Ku