in

Album Hit Semata-Mata Selamanya

HIT SEMATA-MATA SELAMANYA

Sebagai pembuka tirai tahun 2012 ini, Warner Music Malaysia kini memasarkan sebuah album kompilasi terunggul yang membariskan lagu-lagu hit sepanjang tahun 2011 daripada artis-artis popular tanahair. Album ini menampilkan nama-nama yang menjadi buah mulut peminat muzik tanah air sepanjang zaman seperti JAMAL ABDILLAH, JINBARA, MIRWANA dan FIQ, serta membariskan beberapa nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti AWI RAFAEL, NASHRIN, TOM, WANA, TAXI, AWANBAND, FILSUF, SALAM dan ALTIMET.

Hasil daripada kerjasama antara pihak Warner Music Malaysia dengan pihak Astro Sdn Bhd, album ini turut menampilkan barisan finalis Akademi Fantasia seperti AKIM, STACY, SHAHIR, HAZAMA, HAFIZ, FINA, LENA dan NERA.

HIT SEMATA MATA

Album yang dinamakan HIT SEMATA-MATA SELAMANYA ini adalah sebuah album kompilasi rentetan daripada siri HIT SEMATA yang telahpun mula berada di pasaran pada awal tahun 2011. Menariknya, album kali ini menampilkan lagu-lagu yang telahpun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya adalah KISAH DONGENG oleh STACY, CINTA TERAGUNG oleh HAZAMA, JANJI oleh AKIM dan sebuah lagu yang telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 26 baru-baru ini bertajuk AWAN NANO oleh HAFIZ, turut dimuatkan dalam album ini!

Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA turut menampilkan 4 buah single hit yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di “playlist” stesen-stesen radio tanahair.

Lagu-lagu tersebut ialah sebuah lagu berentak ‘rock’ nyanyian FIQ dan AKIM bertajuk MESTI ADA CINTA, lagu tema perlawanan bola sepak yang telah menyuntik semangat berpasukan dan perpaduan kepada seluruh rakyat Malaysia bertajuk SELAMANYA oleh ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW dan CARLEED, serta single terbaru hasil kolaborasi pertama antara MIRWANA dan ALTIMET, bertajuk ITU INI BEGITU BEGINI.

Khas buat mereka yang tercari-cari lagu MALAYSIAN BOY oleh ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC dan RABBIT MAC, lagu ini juga turut dimuatkan dalam album ini!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

DISC 1

1. KOTAK HATI – HUJAN
2. MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM (BARU)
3. BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL
4. KISAH DONGENG – STACY
5. MALAYSIAN BOY – ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC & RABBIT MAC
6. CINTA TERAGUNG – HAZAMA
7. PERCAYA PADA LUKA – NASHRIN
8. MENANGIS LAGI – FINA
9. WARNA – TAXI
10. JANJI – AKIM
11. AWAN NANO – HAFIZ
12. TRAGIS – FIQ

DISC 2

1. SELAMANYA – ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW & CARLEED
2. SISA KISAH KITA – LENA
3. LUAR BIASA – SHAHIR
4. HITAM MANIS – FILSUF
5. CINTA BENAR CINTA – WANA
6. SECUPAK DUA CUPAK – JAMAL ABDILLAH
7. HATIMU MILIKKU – NERA
8. NOKTAH SANDIWARA – TOM
9. KARTITA – AWANBAND
10. ITU INI BEGITU BEGINI – MIRWANA & ALTIMET (BARU)
11. ALAMAK – SALAM feat ALTIMET
12. NEBUCHADNEZZAR – JINBARA

Jelasnya, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh pencinta muzik tanahair! Dengan memuatkan sebanyak 23 buah lagu, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA telahpun mula berada di pasaran sejak 12 Januari 2011 yang lalu, dan boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!

Tidak lupa juga, bagi yang ingin mengabadikan lagu-lagu hit pilihan ini sebagai nada dering anda, arahan muat turun beserta kod lagu turut dilampirkan di bahagian belakang album ini!

Berikut adalah arahan muat turun bagi single SELAMANYA oleh ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW dan CARLEED, BILA AKU JATUH CINTA oleh AWI RAFAEL, dan PERCAYA PADA LUKA oleh NASHRIN.

Untuk mengabadikan SELAMANYA sebagai nada dering anda, sila dial *131*242295# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*140413# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0140668 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*332800# dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Untuk mengabadikan BILA AKU JATUH CINTA sebagai nada dering anda, sila dial *131*212800# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*116348# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0117604 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*288573# dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Untuk mengabadikan PERCAYA PADA LUKA sebagai nada dering anda, sila dial *131*167471# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*85678# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0086292 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*222529 # dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama The Stew of Life

Gambar Aizat Amdan di Anugerah Juara Lagu Ke 26