in

Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan

Sebuah album untuk memberi penghormatan kepada legenda muzik Datuk Sheila Mahid yang telah berada di persada seni lebih 23 tahun.

Dengan himpunan 32 buah lagu beliau bermula dari album pertama sehingga album Cinta Kita, ternyata Datuk Sheila Majid berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Lagu-lagu yang masih segar malar dan sentiasa diingati oleh peminat-peminat beliau menjadikan ia satu khazanah yang cukup berharga di dalam industri muzik kita.

Antara lagu-lagu yang tersenarai adalah seperti Sinaran  dan Antara Anyir dan Jakarta yang diambil dari album kedua beliau Emosi, Dia dan Gerimis Semalam dari album Dimensi Baru, Warna  dan Memori menerusi album ketiga beliau- Warna, Engkau Laksana Bulan dari album Legenda, Ratu dan Mengapa Kasih dari album Ratu, Jujur Saja dan Jatuh Cinta dari album Ku Mohon dan album Kerinduan menerusi album Cinta Kita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapatkan Tudung Istimewa Dari Dlia Jane Collection

Toilet A Dance + Theatre Performance in Mandarin