in ,

Al-Manna Lancar Single Terbaru Berjudul JALAN

21 Oktober 2015 merupakan tarikh bersejarah bagi Al-Manna apabila berjaya melancarkan single hit Ajarkan Aku Setia ft. Ustaz Elyas Ismail sehingga berjaya menerobos ke corong-corong radio tempatan dan Indonesia. Kini Al-Manna yang dianggotai empat orang vokalis; Fahimi, Shahnizman, Mior dan Firdaus tampil dengan single hit terbaru terbaru bertajuk Jalan.

AL-MANNA

Single hit Jalan merupakan kesinambungan bagi single hit sebelum ini, dengan membawakan genre ‘pop’ yang diberi sedikit sentuhan ‘progressive rock’ disulami bait-bait indah berunsur ketuhanan. Sejajar dengan perkembangan lagu-lagu religi di Malaysia, Al-Manna melangkah setapak lagi untuk tampil lebih serius membawakan lagu-lagu religi moden.

Hasil kerjasama dengan seorang gitaris tanah air, saudara Napie Hassan sebagai pencipta lagu dan penulis lirik, Al-Manna turut bekerjasama dengan Tukang Musik dan Taja Meet Uncle Hussain sebagai producer dan arranger bagi memastikan ‘mood’ yang ingin disampaikan dalam lagu ini menjadi dan memberi impak yang positif kepada pendengar.

Bercerita tentang kisah di sebalik lagu ini; secara kasarnya Jalan itu sendiri memberi referensi kepada ilmu tasauf yang sentiasa mengajar manusia untuk mendidik hati agar cinta kepada Sang Pencipta. Manusia melalui hari demi hari dan hari yang dilalui itu pasti penuh dengan ujian, mehnah, tribulasi, dan pastinya mempengaruhi emosi individu yang menghadapinya. Melalui rasa cinta kepada Allah sahajalah dapat kita harungi semua ini kerana Allah sebaik-baik tempat meminta pertolongan, sesuai dengan firman Allah SWT:

َوإَِذا َسأَلََك ِعبَاِدي َعن ِّيفَإِن ِّيقَِریٌبۖأُِجیُبَدْعَوةَال َّداِعإَِذاَدَعاِنۖفَْلیَْستَِجیبُوالِيَوْلیُْؤِمنُوابِيلََعل َُّھْمیَْرُشُدوَن

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta benar.
(al-Baqarah : 186)

Video muzik Jalan telah mendapat sentuhan AR Pictures yang meupakan finalis Festival Filem Malaysia 2015, juga produksi bagi video muzik Ajarkan Aku Setia dan Simfoni Aidilfitri sebelum ini.

Single hit Jalan akan menemui semua peminat pada 12 tengah malam 20 Januari ini di semua rangkaian digital – Apple Music, iTunes, Spotify, Deezer, Joox berlabelkan Inteam Records sebagai pengedar sah. Video muzik rasmi Jalan juga akan dilancarkan pada tarikh dan waktu yang sama di channel Youtube Inteam Records dan Al-Manna.

Semoga dengan kelahiran single hit Jalan, akan membuka jalan-jalan yang banyak di dalam hati manusia agar meletakkan kecintaan kepada Allah sebagai tunjang kehidupan, dan sebagai wadah terjadinya asbab kecintaan manusia kepada makhluk itu dikira sebagai suatu ibadah. Insya Allah.

AL-MANNA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem ARRIVAL Pendapat Penonton di Premiere With Budiey

Sharnaaz Ahmad Bakal Nikah Noor Nabila Pada 31 Mac 2017