Aktor Sophan Sophiaan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya

blogBintang filem terkemuka yang juga ahli politik Indonesia yang turut terkenal di Malaysia, Sophan Sophiaan, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila motosikal berkuasa tingginya terjerumus ke dalam lubang di sempadan Sragen (Jawa Tengah) dengan Ngawi (Jawa Timur), pagi ini.

Filem LOVE antara filem terkini lakonan Sophan. Sebelum ini pernah membintangi filem Kehormatan (1974), Gaun Pengantin (1974), Demi Cinta (1974), Sentuhan Cinta (1976), Rahasia Seorang Ibu (1977), Kemilau Kemuning Senja (1980), Amalia S.H. (1981), Perempuan Kedua dan puluhan lagi filem dan drama.

Agensi berita Antara melaporkan Sophan terjatuh lalu motosikalnya terguling kemudian tubuhnya tertimpa motosikal serta terhantuk batu jalan, mengakibatkan beberapa tulang dadanya patah, paha dan tangannya juga luka parah.

Berita yang memetik seorang rakan rombongannya menyebut bahawa Sophan ketika itu mengikuti rangkaian kegiatan memandu motosikal berkuasa tinggi dengan tema “Jalur Kebangkitan” yang merupakan satu kegiatan bagi menyemarakkan sambutan 100 Tahun Kebangkitan Nasional Indonesia.

Rombongan seramai 270 orang itu berangkat dari Jakarta pada 12 April menuju Rengas Dengkok, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Rembang, Tuban dan Surabaya.

Beberapa bandar lain juga disinggahi rombongan itu, yang menurut jadualnya akan mengakhiri perjalanan di Monumen Nasional (Monas) di sini pada 20 Mei.

Jenazah Sophan akan diterbangkan ke Jakarta petang ini.  – [BERNAMA]

[tags]Aktor, pelakon indonesia, motorbike, Sophan Sophiaan, sophan Meninggal Dunia, death, died sophan, Kemalangan Jalan Raya, diana, bernama, Rengas Dengkok, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Rembang, Tuban, Surabaya[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Festival: Jangan Lupa Lakonan Ashraf Muslim di NTV7

SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA LAKONAN FAZURA DAN BEEGO