in , ,

Aksi Panas Andi Bernadee Bersama Penari Untuk MV Loko Terima Kecaman

Aksi tarian penyanyi, Andi Bernadee, 29, bersama seorang gadis yang dimuat naik di laman Instagram (IG), kelmarin menerima kecaman peminat apabila disifatkan berunsur lucah.

Pengikut akaun IG penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu mempertikaikan tindakan Andi bersentuhan dengan gadis yang tidak dikenali dalam keadaan sangat mesra menerusi video berdurasi 24 saat itu. Bagaimanapun, ada antara peminat yang berfikiran positif apabila beranggapan gadis bertubuh seksi itu adalah ahli keluarganya. Sehingga kini, video berkenaan sudah melebihi 700,000 juta tontonan.

Andi Bernadee

Andi berkata, dia tidak berniat menimbulkan kontroversi, sebaliknya berkongsi salah satu babak dalam muzik video untuk single terbaharu berjudul Shimmy.

“Saya berkongsi video untuk menunjukkan kepada peminat salah satu babak untuk muzik video lagu terbaharu, bukannya sengaja mencari nahas.

“Pengarah minta saya berlatih terlebih dahulu sebelum menjalani penggambaran bagi melihat aksi tarian yang dipaparkan bersesuaian atau tidak.

“Selain itu, pengarah juga mahu melihat kesesuaian rentak tari sama ada selari dengan papan cerita yang disediakan,”

– Andi Bernadee

Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile turut menyangkal dakwaan sengaja berbuat demikian sebagai strategi untuk mempromosikan lagu dan muzik video lagunya itu.

“Tidak, saya tidak terfikir langsung strategi untuk mempromosikan lagu ini ketika hendak memuat naik video berkenaan dalam laman IG.

“Seperti dikatakan, saya hanya ingin berkongsi salah satu babak dalam muzik video itu.

“Gadis dalam video adalah salah seorang penari yang terbabit dalam muzik video lagu berkenaan,”

– Andi Bernadee

Penyanyi yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule itu sudah memiliki empat single iaitu Tiada Lagi Maaf, Satu Peluang, Donde dan Hello ft Ismail Izzani. Manakala, lagu Shimmy bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

‘Saya Menari Je…’ – Andi Bernadee

“JANGANLAH pandang dari sudut negatif. Perhatikan nilai artistik yang ada,” kata penyanyi Andi Bernadee mengenai video dia menari dengan wanita di Instagram yang didakwa berunsur lucah oleh segelintir netizen.

Andi, 28, berkata, dia tiada niat untuk memaparkan unsur lucah, sebaliknya hanya mahu berkongsi bayangan mengenai muzik video lagu barunya berjudul Shimmy.

Menurutnya, sebagai penghibur dia perlu sentiasa tampil dengan elemen artistik dalam karyanya dan koreografi tarian kontemporari itu adalah sebahagian daripada babak dalam muzik video itu nanti.

“Video itu saya muat naik sewaktu membuat latihan dengan penari yang akan tampil dalam muzik video itu nanti. Saya bertuah dapat belajar menari kerana saya bukannya penari hebat.

“Sebagai penyanyi, saya sentiasa mahu mencari kesempurnaan dalam setiap karya termasuklah untuk muzik video juga. Oleh itu, saya harap usaha ini lebih dipandang daripada sudut positif,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu juga tidak melihat perkongsiannya sebuah gimik bagi mencetus kontroversi kerana ia bukan video intim dengan penari wanita terbabit.

“Tiada apa yang intim dengan penari wanita itu. Dia sekadar penari yang menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian daripada muzik video berkenaan. Di mana gimiknya?

“Ia seperti berkongsi video dua individu yang ingin mempamerkan koreografi indah mereka selepas membuat latihan. Kita pun selalu juga tonton video sebegitu, bukan?” katanya.

Dalam pada itu, Andi juga meminta peminat supaya tidak terlalu sensitif mengenai video itu hanya kerana dia menari dengan seorang wanita.

“Maaflah jika video itu membuatkan ada peminat menangis. Janganlah sampai begitu sekali, saya tiada niat pun menyinggung perasaan sesiapa,” katanya.

Video yang dimuat naik di Instagram sejak tiga hari lalu itu mencatat lebih 720,000 tontonan, 84,000 tanda suka, dan 3,200 komen.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify’s Disney Hub Now Available in SEA

Amar Baharin & Amyra Rosli Timang Anak Kedua