in , ,

Akim & The Majistret Lancar Lagu Balada Berjudul YANG SATU

AKIM & THE MAJISTRET kali ini muncul dengan sebuah lagu terbaharu berentak balada berjudul YANG SATU. Jarang sekali nak dengar AKIM & THE MAJISTRET mendendangkan lagu berentak mellow. Lebih menarik, lagu yang dihasilkan oleh ciptaan Akim Ahmad dan Zimi ini dilancarkan di hari kelahiran Stacy!

Tahun 2018 menyaksikan AKIM & THE MAJISTRET (ATM) berjaya menghangatkan industri muzik tempatan dengan single Rampas yang mengungguli carta-carta radio tempatan, bahkan disebut-sebut bakal menempah tempat ke ‘Anugerah Juara Lagu #34’ apabila hingga ke saat ini, lagu “Rampas” masih kekal dalam ‘Carta 20 Muzik Muzik #34’.

Bukan itu saja, santapan visual lagu ini turut mendapat sambutan hebat penonton apabila video muzik rasmi Rampas sudah mencapai lebih 7 juta tontonan sejak dimuatnaik ke saluran YouTube Nova Music Videos pada bulan September tahun lalu.

AKIM & THE MAJISTRET

Selepas kejayaan single Rampas tahun lalu, band terunggul Malaysia ini membuka lembaran seni mereka di tahun 2019 menerusi single “Ladida” yang dilancarkan pada bulan April lalu yang turut mendapat reaksi positif peminat.

Belum lagi puas peminat memutar ulang lagu “Ladida”, kini ATM mengejutkan peminat dengan pelancaran singleterbaharu mereka berjudul Yang Satu.

Lagu yang membawa genre pop balada ini merupakan hasil ciptaan Akim Ahmad dan Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq.

Manakala lirik pula dikarang sepenuhnya oleh Hang Nadim. “Yang Satu” diberikan gubahan muzik yang dinamik, bermula dengan petikan keyboard minimalis dan kemudiannya disusuli pula dengan iringan muzik yang disuntik elemen ‘New Wave Reggae’.

AKIM & THE MAJISTRET

Berbekalkan melodi mesra telinga, alunan lunak merdu vokal Akim, senikata yang mengangkat tema cinta dan gubahan muzik tersendiri, “Yang Satu” menjanjikan sajian muzik segar namun masih tetap mengekalkan ‘signature sound’ ATM.

Mengulas tentang lagu ini, Akim berkata,

“Single sebelum ini, ‘Rampas’ dan ‘Ladida’ bukanlah dalam kategori balada. Jadi untuk single kali ini, kami bersepakat untuk meletakkan unsur yang lebih ‘mellow’ dan berentak balada.

Kami kira, inilah yang dinantikan pendengar-pendengar kami. Lagipun sudah agak lama rentak sebegini kami tidak perdengarkan kepada mereka.”

Lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang mendambakan kasih sayang yang ikhlas dari kekasihnya. Bagi dirinya, hanya pasangannya sahaja yang memahami segala tentang dirinya.

Kalau dalam kes saya, saya menyanyikan untuk isteri sayalah. Dialah ‘Yang Satu’ dalam hidup saya.

Sebab itu, saya rasakan ia lebih manis lagi bila lagu ini dilancarkan pada hari ulang tahun kelahiran isteri saya.

Inilah hadiah yang paling bermakna yang saya berikan buat isteri tercinta. Dan saya harap dapatlah isteri saya mengamati setiap baris ayat dalam lagu ini,”

– Akim Ahmad

Akim yang memilih tanggal 18 Ogos sebagai tarikh pelancaran single ini.

“Yang Satu” merupakan single terbitan secara usahasama Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim dan isterinya, penyanyi terkenal Stacy; dan Nova Music Malaysia yang turut bertindak sebagai pengedar.

‘Yang Satu‘ bakal ke udara di corong-corong radio seluruh negara dan juga boleh didapati di kesemua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 18 OGOS 2019.

Video lirik rasmi “Yang Satu” juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos di pautan ini: https://youtu.be/GIvfcQGvNA0

Mengenai AKIM & THE MAJISTRET  

Bermula sebagai band projek pada tahun 2014, eksperimentasi ATMternyata berhasil apabila berjaya melangkah sejauh hari ini dan mencipta jenama sendiri sebagai band tempatan arus perdana terunggul masa kini.

Dianggotai lapan anak muda berbakat iaitu Akim selaku penyanyi, Wan (pemain dram), Freddy (gitaris utama), Gjie (gitaris kedua), Zimi (gitaris ketiga), Fairuz (pemain bass), Afiez (pemain keyboard) dan Rajwan (digital drum). Gabungan Akim dan tujuh pemuzik daripada band-band popular tempatan ternyata berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Sejak memulakan perjalanan seni mereka menerusi singleberhantu “Mewangi” pada tahun 2014 dan album sulung mereka, “Patriot” pada tahun 2015, ATMmeraih kejayaan demi kejayaan yang membanggakan termasuk dinobatkan sebagai Juara Lagudan Persembahan Terbaikmenerusi lagu “Potret” di Anugerah Juara Lagu 30(AJL30), Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popularpada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 3.0).

ATM yang kini bergerak sendiri semakin rancak merencana perjalanan seni mereka. Pada tahun 2016, ATM muncul sebagai selebriti paling berpengaruh di media sosial apabila mereka dinobatkan sebagai Personaliti Terunggul di Anugerah Pilihan Online (APO).Manakala pada tahun 2017, ATM berjaya memartabatkan muzik mereka dalam satu konsert perdana yang diadakan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur. 

Menyorot kembali kerjaya seni ATM pada tahun 2018, kejayaan ATM mengadakan konsert berskala besar buat julung kalinya di pentas berprestij Esplanade, Singapura telah membuktikan muzik dan populariti ATM melangkau sempadan negara. Dikuatkan lagi dengan kejayaan single “Rampas” yang menerima sambutan hangat sejak dilancarkan pada bulan September tahun lalu, ATM terus menjadi suatu jenama yang kukuh di persada muzik tempatan. 

IKUTI AKIM & THE MAJISTRET DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK: https://www.facebook.com/akimandthemajistret

TWITTER: https://twitter.com/akim_majistret

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/akim_themajistret

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

AirAsia Foundation Lancar Koleksi Pakai Semula Good/jahat/ bersama Projek Jahat

Ibu Bapa Jadi Penanda Aras Mira Filzah Dalam Berfesyen