in , ,

Akim & Stacy Bercuti Bulan Madu di Dubai

Selepas sah bergelar suami-isteri Februari lalu, pasangan penyanyi, Akim dan Stacy baru-baru ini berpeluang menikmati percutian bulan madu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Peluang menjejakkan kaki ke lokasi keempat paling kerap dikunjungi pelancong di dunia pada tahun lalu itu tidak dilepaskan oleh mereka untuk melawat beberapa tempat menarik di kota terbabit, selain mengenali lebih dekat budaya penduduknya.

Antara lokasi menarik yang dikunjungi mereka termasuk destinasi membeli-belah, pusat menjamu selera popular dan kawasan hiburan tumpuan ramai di tengah-tengah kota berkenaan, selain kedai emas dan pasar rempah ratus.

“Percutian bulan madu kami sungguh menyeronokkan. Di sana kami juga dapat mendekati penguin, berenang dengan ikan paus, melawat Akuarium Dubai dan Zoo Bawah Air di Dubai Mall. “Selain itu, tentunya saya tidak melepaskan peluang membeli-belah di pasar tradisional untuk mencari abaya dan makanan tradisional Timur Tengah,” kata Stacy yang kini sudah pun berbadan dua.

Akim pula berkata, beliau sangat takjub dengan panorama indah di sana.

“Saya tertarik melihat bagaimana sebuah bandar raya moden seperti Dubai tetap mempunyai aspek tradisional dan asli yang boleh ditawarkan kepada pelancong.

“Pemandangan matahari terbenam di padang pasir pula sungguh indah, begitu juga dengan pengalaman merentas gurun yang benar-benar menyeronokkan dan belum pernah kami alami sebelum ini.

“Pemandangan dari bangunan paling tinggi di dunia, Burj Khalifa, juga tidak dapat dilupakan. Kami dapat melihat keindahan landskap Dubai hingga sejauh Palm Island! Kalau ada peluang, saya akan datang lagi ke sini,” kata Akim.

Pasangan popular berkenaan terbang ke Dubai menerusi pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Amar Travel.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert NegaRAKU Tour Gegar Fahrenheit 88, Bukit Bintang KL Hari Ini

Apabila Suara Tony Fernandes Ada di Aplikasi Waze