in , ,

Akim Ahmad di Akustik Ramlee Muzikal Khas Mengenang P.Ramlee

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan program khas mengenang pemergian seniman tersohor negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 24 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun.

Program diberikan tajuk “Akustik Ramlee” merupakan sebuah rancangan tribute kepada seniman teragung Malaysia, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang akan menemui penonton pada 29 Mei depan, pukul 4.00 petang menerusi saluran TV2.

AKIM AHMAD

Muzikal Khas Mengenang P.Ramlee di RTM : Akustik Ramlee Di TV2

Menariknya pendekatan diguna berbeza daripada program-program khas sebelumnya dengan suntikan segar pengisian program yang dipersembahkan secara konsert akustik ‘live’ oleh kumpulan Kristal dan penyanyi-penyanyi muda tanahair antaranya Akim, Aril dan bintang-bintang RTM.

[pullquote]Rancangan Akustik Ramlee ini akan disiarkan selama sejam dan akan dibahagikan kepada 4 segmen berbeza bertepatan dengan objektif Akustik Ramlee sendiri untuk mendidik anak-anak muda generasi masa kini tentang sumbangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kepada industri seni tanahair kita.[/pullquote]

Oleh itu, lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee akan diberikan nafas baru oleh penyanyi-penyanyi muda terkenal tanahair mengikut kesesuaian genre muzik mereka.

Melalui penyampaian oleh artis-artis muda dan tanahair, generasi muda Malaysia akan lebih mengenali dan mendalami karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Penyanyi-penyanyi muda ini akan mempersembakan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee secara akustik.

Semasa setiap persembahan, klip-klip Allahyarham akan dimainkan berselang seli sepanjang persembahan yang akan dipertontonkan kepada penonton.

Penyampaian pengacara bercerita kepada penonton mengikut kronologi riwayat hidup P.Ramlee, filem-filem beliau dan lagu-lagu yang sentiasa dimainkan dicorong-corong radio. Cara Penyampaian pengacara iaitu Shuhaiba Mohd Halil mengikut stail orang-orang lama mampu membuatkan konsert ini nampak lebih klasik dan vintaj.

Sama-sama mengimbas kembali bakat artis tersohor Negara serba boleh ini hanya di TV2.

SYAZIA BINTANG RTM DAN ARIL

pengacara program

FITRI BINTANG RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Rumahtangga Abby Abadi Kini Retak?

Kumpulan Duo Hanarose Bakal Lancar Single GIRLFRIEND