in , ,

Akaun Apple Di Facebook Tidak Lagi Mempunyai Lencana Pengesahan Identiti (Bluetick)

Ikon pengesahan identiti akan memastikan akaun media sosial adalah rasmi dan dikelolakan oleh pemilik sebenar.

Hari ini Facebook nampaknya telah menarik lencana pengesahan akaun rasmi Apple di platform mereka. Tiada sebab diberikan tetapi pastinya berkait rapat dengan tindakan Apple hari ini yang mula mengaktifkan ciri menghalang penjejakan iklan menerusi iOS 14.4 Beta.

Akaun Apple Di Facebook Tidak Lagi Mempunyai Lencana Pengesahan Identiti (Bluetick)

Tindakan yang diambil ini adalah petunjuk Facebook tidak senang dengan tindakan Apple sehingga mendakwa sistem menghalang penjejakan iklan mengancam perniagaan kecil.

Pertelagahan di antara dua syarikat teknologi ini telah berlarutan selama beberapa tahun dan bermula dengan Apple menghalang Facebook (dan Google) dari mengakses sistem ujian aplikasi sementara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Filem Bertemakan Krismas di Netflix Untuk Ditonton Semasa Musim Percutian Ini

“Waktu Itu Hati Terlalu Sayang & Mahu Sehidup Semati, Tapi Sekarang…” – Elizabeth Tan