in

AJL26 Thank You Party

Budiey menerima jemputan untuk ke AJL26 Thank You Party pada hari ini dan tak sabar lah nak tengok reaksi kegembiraan semua pemenang AJL menerima cek mereka pada hari ini.

Yang tentunya dalam ramai-ramai tu Hafiz Awan Nano, Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah, Faizal Tahir & Alyah, maka Hafiz Awan Nano lah yang paling tersenyum lebar sebab dia akan menerima cek paling banyak, lebih kurang RM46ribu la kan? Tapi itu pun kena kongsi dengan komposer dan penulis lirik. Malah, Budiey rasa, pertandingan lagu ini bukan untuk penyanyi, jadi komposer dan penulis lirik la yang akan dapat banyak.

AJL 26

Apa-apa pun, pandai-pandailah diorang nak bagi sama banyak.

Apa-apa pun, terima kasih dan juga tahniah buat semua.

Juga kepada TV3, tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran AJL26. Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah berjaya mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta ketika disiarkan secara langsung pada 29 Januari 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tahun ini, AJL juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik sempena meraikan ulang tahun ke-26 dengan memartabatkan lagu Awan Nano ciptaan komposer dan penyanyi berpengalaman, sifu Datuk M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat.

Majlis penyerahan cek kepada para pemenang AJL 26 pada hari ini akan diadakan bagi meraikan kejayaan penganjuran AJL26. Majlis tersebut juga memberi penghargaan kepada para finalis AJL 26, krew produksi, tenaga kerja AJL 26 dan juga pihak media yang telah memberikan publisiti secara meluas kepada acara tersebut.

AJL 26

AJL 26

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Price GALAXY Tab 7.7 Malaysia

Drama Apa Celop Lakonan Kamal Adli Taiyuddin Bakar